Dr Ahmad Zahid Hamidi
403 subscribers
64 photos
3 videos
3.15K links
Download Telegram
Alhamdulillah, #PAU2026 melabuhkan tirai. Kini kita teruskan perjuangan dengan satu tekad, satu saf dan satu tujuan demi UMNO serta Rumah Bangsa.

#PAU2026 #UMNO
#RumahBangsa #TEKAD16
#BersatuBersetiaBerkhidmat

๐Ÿ“ฑTiktok:
https://vt.tiktok.com/ZSqHbcntV/

๐Ÿ“ฑIG:
https://www.instagram.com/reel/DdOgD5pRAUc/?stkn=c202dGkxajBhbGFl

๐Ÿ“ฑFB:
https://fb.watch/v/6G42H-d17/?mibextid=wwXIfr

๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31

๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
Malaysia yang sejahtera ialah apabila rakyat bukan sekadar mampu mencari pendapatan, tetapi mempunyai ruang untuk menyimpan, melabur dan menikmati kehidupan yang lebih baik.

#PAU2026 #UMNO #RumahBangsa #AgendaMalaysiaBiru #BersatuBersetiaBerkhidmat

๐Ÿ“ฑTiktok:
https://vt.tiktok.com/ZSqQm8Nqn/

๐Ÿ“ฑIG:
https://www.instagram.com/reel/DdRMw7tt6Hd/?stkn=MW9xeG50dmRhdjE4eA==

๐Ÿ“ฑFB:
https://www.facebook.com/share/r/1LgoPKa6ba/?mibextid=wwXIfr

๐Ÿ“ฑThreads:
https://www.threads.com/share/BAW4wlBC_e/

๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31

๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐‰๐จ๐ฆ ๐‹๐ข๐ก๐š๐ญ ๐Œ๐š๐ฌ๐ฃ๐ข๐ ๐“๐ฎ๐ฆ๐ข๐ง๐š๐ก ๐‡๐š๐ฆ๐ข๐๐ข ๐’๐ž๐œ๐š๐ซ๐š ๐Ÿ‘๐Ÿ”๐ŸŽยฐ

Mungkin ada yang pernah dengar tentang Masjid Tuminah Hamidi di Bagan Datuk, tetapi belum berkesempatan untuk datang dan melihat sendiri keindahannya.

Kini, di mana sahaja anda berada, anda boleh meneroka masjid ini secara maya menerusi pengalaman 360ยฐ.

Boleh melihat sendiri ruang utama masjid, seni binanya serta suasana persekitarannya seolah-olah kita sedang berada di sana.

Masjid ini mempunyai nilai yang cukup dekat di hati saya. Justeru, saya berharap kemudahan ini dapat membuka ruang kepada lebih ramai untuk mengenali dan menghayati keindahan Masjid Tuminah Hamidi dari perspektif masing-masing.

Jom terokai Masjid Tuminah Hamidi secara 360ยฐ menerusi pautan di bawah. ๐Ÿ‘‡

https://masjid-tuminah-hamidi.realview.aldealabs.com/#scene=overview

Kredit : Islamic Tourism Centre (ITC)

#MasjidTuminahHamidi
#BaganDatuk

๐Ÿ“ฑFB:
https://www.facebook.com/share/p/1CMdrmmVuL/?mibextid=wwXIfr

๐Ÿ“ฑIG:
https://www.instagram.com/p/DdTSDcxvetH/?stkn=Mnk5djdxMnMwMXF5

๐Ÿ“ฑX:
https://x.com/drzahidhamidi/status/2099777678769562013?s=46

๐Ÿ“ฑThreads:
https://www.threads.com/share/BAVoNi99HY/

๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31

๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
Malaysia mesti lebih berdaya tahan dalam menghadapi krisis dan memastikan keperluan strategik negara tidak bergantung sepenuhnya kepada pihak luar.

#PAU2026 #UMNO
#RumahBangsa
#AgendaMalaysiaBiru #BersatuBersetiaBerkhidmat

๐Ÿ“ฑTiktok:
https://vt.tiktok.com/ZSqXK6RRE/

๐Ÿ“ฑIG:
https://www.instagram.com/reel/DdTddsJBDyt/?stkn=MW83aGNyajNtaXY2ZQ==

๐Ÿ“ฑFB:
https://www.facebook.com/share/r/1RFZ5ksX5F/?mibextid=wwXIfr

๐Ÿ“ฑThreads:
https://www.threads.com/share/BAWldP3iQ_/

๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31

๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
โค1
Malaysia Negara Peduli dengan memastikan tiada rakyat yang terpinggir dan setiap insan mendapat ruang untuk hidup dengan lebih bermaruah.

#PAU2026 #UMNO
#RumahBangsa #AgendaMalaysiaBiru #BersatuBersetiaBerkhidmat

๐Ÿ“ฑTiktok:
https://vt.tiktok.com/ZSq4jL6kG/

๐Ÿ“ฑIG:
https://www.instagram.com/reel/DdTrIuORo0a/?stkn=MW92YzVwaXIyczI4bA==

๐Ÿ“ฑFB:
https://www.facebook.com/share/r/1XaTi4DHfe/?mibextid=wwXIfr

๐Ÿ“ฑThreads:
https://www.threads.com/share/_mMj5FUC4/

๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31

๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
Kepercayaan rakyat mesti dijaga dengan amanah, integriti dan tadbir urus yang baik. Kuasa adalah amanah, bukan ruang untuk penindasan.

#PAU2026 #UMNO #RumahBangsa #AgendaMalaysiaBiru #BersatuBersetiaBerkhidmat

๐Ÿ“ฑTiktok:
https://vt.tiktok.com/ZSq4BC9Ua/

๐Ÿ“ฑIG:
https://www.instagram.com/reel/DdTxhm5gPAH/?stkn=d2Y1bnBpOTF1ZGJ3

๐Ÿ“ฑFB:
https://www.facebook.com/share/r/19EMmhJt9Q/?mibextid=wwXIfr

๐Ÿ“ฑThreads:
https://www.threads.com/share/BAYYDbLySk/

๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31

๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
Hubungan dengan dunia akhirnya akan kembali kepada satu perkara kepentingan Malaysia mesti sentiasa kita lindungi. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

#PAU2026 #UMNO #RumahBangsa #AgendaMalaysiaBiru #BersatuBersetiaBerkhidmat

๐Ÿ“ฑTiktok:
https://vt.tiktok.com/ZSq4fykSo/

๐Ÿ“ฑIG:
https://www.instagram.com/reel/DdT4YSRp5Gv/?stkn=MTRlNzVocHZoaWsxMA==

๐Ÿ“ฑFB:
https://www.facebook.com/share/r/1FF6nbnjt8/?mibextid=wwXIfr

๐Ÿ“ฑThreads:
https://www.threads.com/share/_mqEA26Ue/

๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31

๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐Œ๐ž๐ง๐ฒ๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Hari Malaysia mengingatkan kita bahawa kekuatan negara terletak pada kesatuan rakyat yang terdiri daripada pelbagai bangsa, agama, budaya dan latar belakang. Perbezaan bukan penghalang, sebaliknya menjadi kekuatan yang membentuk identiti Malaysia.

Perjalanan Malaysia sejak 1963 terus mengajar kita bahawa kemajuan dan kesejahteraan hanya dapat dibina apabila kita bergerak bersama, saling menghormati dan menjaga keharmonian yang telah kita warisi.

Marilah kita terus memelihara semangat kebersamaan ini, memperkukuh perpaduan dan bersama-sama membina Malaysia yang lebih makmur, berdaya tahan dan disegani.

Selamat Menyambut Hari Malaysia 2026. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

#HariMalaysia2026
#KesejahteraanDinikmati

๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/1HG4MxK2Bh/?mibextid=wwXIfr

๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/p/DdUqMs-Sfdj/?stkn=MWs3c2tqbzFkb3h2ag==

๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/2100013634000941135?s=46

๐Ÿ“ฑThread: https://www.threads.com/share/BAAeuGzBPz/

๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31

๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐Œ๐ž๐ง๐ฒ๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐€๐ง๐ ๐ค๐š๐ญ๐š๐ง ๐“๐ž๐ง๐ญ๐ž๐ซ๐š ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š ๐Š๐ž-๐Ÿ—๐Ÿ‘

Bersempena Hari Angkatan Tentera Malaysia ke-93, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta para veteran atas khidmat bakti, pengorbanan dan keberanian dalam mempertahankan kedaulatan tanah air.

Ketahanan ATM merupakan asas penting kepada kekuatan pertahanan negara. Dalam menghadapi landskap keselamatan yang semakin kompleks, ATM perlu terus diperkasa dengan kesiapsiagaan, keupayaan dan profesionalisme yang tinggi bagi memastikan negara sentiasa berada dalam keadaan aman dan selamat.

Penghormatan turut diberikan kepada para veteran ATM yang telah mencurahkan bakti demi negara. Jasa dan pengorbanan mereka menjadi sebahagian daripada sejarah serta kekuatan yang membentuk ATM hari ini.

Semoga ATM terus gagah berdiri sebagai benteng pertahanan negara, sentiasa teguh dalam mempertahankan kedaulatan Malaysia dan terus mendapat kepercayaan serta sokongan seluruh rakyat.

Selamat Hari Angkatan Tentera Malaysia ke-93.

โ€œKetahanan ATM, Benteng Pertahanan Negaraโ€

#HariATM93
#AngkatanTenteraMalaysia
#KetahananATMBentengPertahananNegara

๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/19dNRu7okz/?mibextid=wwXIfr

๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/p/DdVYHGaBwgF/?stkn=YTZ1dW1zb2x2ZjZ3

๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/2100073065300537404?s=46

๐Ÿ“ฑThread:https://www.threads.com/share/BAVjP1pxUC/

๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31

๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐Œ๐ž๐ฆ๐ฉ๐ž๐ซ๐ค๐ฎ๐ค๐ฎ๐ก ๐Š๐ž๐ฌ๐ข๐š๐ฉ๐ฌ๐ข๐š๐ ๐š๐š๐ง ๐Œ๐ž๐ง๐ ๐ก๐š๐๐š๐ฉ๐ข ๐‰๐ž๐ซ๐ž๐›๐ฎ

Keadaan jerebu yang berlaku dengan pantas memerlukan tindakan yang lebih awal, bukan hanya selepas keadaan menjadi semakin kritikal. Pendekatan anticipatory action penting bagi memastikan langkah pencegahan dan kesiapsiagaan digerakkan berdasarkan ramalan cuaca, data serta penilaian risiko.

Dalam Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tertinggi (HLC) Pengurusan Bencana Negara hari ini, aspek kesiapsiagaan agensi, aset, logistik, kesihatan awam serta penyelarasan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri turut diberi perhatian.

Kita juga perlu bersedia menghadapi kemungkinan cuaca panas dan kering berpanjangan yang boleh memberi tekanan kepada bekalan air serta meningkatkan risiko kebakaran, khususnya di kawasan tanah gambut.

Insya-Allah, penyelarasan awal dan tindakan yang lebih tersusun akan terus diperkukuh supaya setiap agensi bersedia bertindak pantas, dan yang paling utama, keselamatan serta kesejahteraan rakyat sentiasa menjadi keutamaan.

#NADMA
#PengurusanBencana #KesiapsiagaanBencana

๐Ÿ“ฑFB:
https://www.facebook.com/share/p/1Djcn1XuTM/?mibextid=wwXIfr

๐Ÿ“ฑIG:
https://www.instagram.com/p/DdVv-5mHyl5/?stkn=dmZsbGp0OWtla2ww

๐Ÿ“ฑX:
https://x.com/drzahidhamidi/status/2100124888908607872?s=46

๐Ÿ“ฑThreads:
https://www.threads.com/share/BCKNI6dqwQ/

๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31

๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
โค1
๐Œ๐ž๐ซ๐š๐ข๐ค๐š๐ง ๐’๐ž๐ฆ๐š๐ง๐ ๐š๐ญ ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š

Malam tadi terasa cukup istimewa apabila saya dapat bersama-sama barisan kepimpinan dan masyarakat di bawah satu bumbung di Kuching, Sarawak untuk meraikan sambutan Hari Malaysia 2026.

Hari Malaysia yang disambut pada setiap 16 September setiap tahun pastinya akan menjadi ruang untuk kita menghayati makna kebersamaan sebagai sebuah negara yang dibina atas kepelbagaian negeri, bangsa, budaya dan latar belakang.

Di sinilah kita dapat menyaksikan semangat dan nilai kebersamaan yang menjadi kekuatan rakyat dalam membina sebuah Malaysia yang harmoni, makmur dan berdaya tahan.

Marilah kita terus memelihara perpaduan dan memperkukuh rasa cinta kepada tanah air demi masa depan Malaysia yang lebih baik.

Selamat Hari Malaysia 2026. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Kredit Foto: Jabatan Penerangan Malaysia

#HariMalaysia2026

๐Ÿ“ฑFB:
https://www.facebook.com/share/p/1HXDeWCA3R/?mibextid=wwXIfr

๐Ÿ“ฑIG:
https://www.instagram.com/p/DdXnHDPnwNj/?stkn=OWxmZGZtc3Y5ZzQ2

๐Ÿ“ฑX:
https://x.com/drzahidhamidi/status/2100124888908607872?s=46

๐Ÿ“ฑThreads:
https://www.threads.com/share/BBqJ1vMo6b/

๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31

๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
โค1
๐Œ๐ž๐ฆ๐ฉ๐ž๐ซ๐ค๐ฎ๐ค๐ฎ๐ก ๐‡๐ฎ๐›๐ฎ๐ง๐ ๐š๐ง ๐’๐ž๐ซ๐ฎ๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ง ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š-๐ˆ๐ง๐๐จ๐ง๐ž๐ฌ๐ข๐š

Alhamdulillah, selamat tiba di Jakarta, Republik Indonesia bagi memulakan lawatan kerja yang memberi tumpuan kepada usaha memperkukuhkan lagi hubungan erat antara Malaysia dan Indonesia.

Ketibaan saya disambut mesra oleh Dr. Ir. Ahmad Haikal Hassan, Kepala Badan Penyelenggara Jaminan Produk Halal (BPJPH) Republik Indonesia; TYT Datuk Muzafar Shah Mustafa dan perwakilan Malaysia.

Lawatan kali ini menjadi kesinambungan kepada usaha memperluas kerjasama dalam beberapa bidang strategik termasuk industri halal, pembangunan desa, pengurusan bencana serta pendidikan dan TVET.

Insya-Allah, sebentar lagi saya akan mengadakan kunjungan hormat kepada Wakil Presiden Republik Indonesia, YM Gibran Rakabuming Raka bagi membincangkan beberapa perkara berkepentingan bersama yang melibatkan kedua-dua negara.

Saya turut dijadualkan menyertai Sidang Kemuncak Halal 20 (H20) Ke-5, termasuk menyampaikan ucaptama serta mengambil bahagian sebagai panel dalam sesi forum yang memberi tumpuan kepada pengukuhan kerjasama dan ekosistem halal serantau, selain beberapa pertemuan lain sepanjang lawatan ini.

Sama-sama kita doakan agar setiap pertemuan dan perbincangan yang berlangsung dapat diterjemahkan kepada hasil yang memberi manfaat kepada rakyat Malaysia dan Indonesia, sekali gus terus memperkukuh hubungan dua negara serumpun ini.

#MalaysiaIndonesia

๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/1CFy3RYfj6/?mibextid=wwXIfr

๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/p/DdYYZeXn1CS/?img_index=5&stkn=MXY5ZXN1N20zOXJvag==

๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/2100494869915664523?s=46

๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/share/_yZHO48z5/

๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31

๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐Ÿ‘1
๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š-๐ˆ๐ง๐๐จ๐ง๐ž๐ฌ๐ข๐š ๐“๐ข๐ง๐ ๐ค๐š๐ญ ๐Š๐ž๐ซ๐ฃ๐š๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐ƒ๐ฎ๐š ๐‡๐š๐ฅ๐š ๐“๐ž๐ซ๐ฆ๐š๐ฌ๐ฎ๐ค ๐“๐š๐ง๐ ๐š๐ง๐ข ๐‰๐ž๐ซ๐ž๐›๐ฎ ๐‘๐ž๐ง๐ญ๐š๐ฌ ๐’๐ž๐ฆ๐ฉ๐š๐๐š๐ง

Saya memulakan agenda rasmi di Jakarta hari ini dengan mengadakan kunjungan hormat ke atas Wakil Presiden Republik Indonesia, YM Gibran Rakabuming Raka di Istana Wakil Presiden.

Antara perkara utama yang kami bincangkan ialah kebakaran hutan, jerebu rentas sempadan serta keperluan memperkukuh kerjasama pengurusan bencana antara Malaysia dan Indonesia.

Isu jerebu memberi kesan langsung kepada rakyat kedua-dua negara, khususnya terhadap kesihatan, kualiti udara dan kehidupan harian. Dalam pertemuan selama 45 minit ini, saya menegaskan bahawa isu ini perlu ditangani secara lebih tersusun dan menyeluruh melalui pencegahan awal, perkongsian maklumat, penyelarasan operasi serta tindakan bersama yang lebih berkesan.

Kami turut berbincang mengenai potensi besar kerjasama Malaysia-Indonesia dalam bidang halal, TVET dan pembangunan perdesaan, khususnya melalui perkongsian kepakaran, pembangunan bakat serta peluasan peluang ekonomi untuk rakyat kedua-dua negara.

Malaysia dan Indonesia merupakan dua negara serumpun yang sentiasa memilih jalan musyawarah dan kerjasama. Insya-Allah, semangat inilah yang akan terus menjadi asas untuk kita merungkai setiap cabaran bersama demi melindungi rakyat serta memastikan keamanan, keselamatan dan kesejahteraan rantau ini.

#MalaysiaIndonesia
#PengurusanBencana

๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/1CDcGzRh4j/?mibextid=wwXIfr

๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/p/DdYrtwXn_ng/?img_index=9&stkn=MWVud3NrNmlsNGExbA==

๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/2100537835329839476?s=46

๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/share/BAVbXZrHAN/

๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31

๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š-๐ˆ๐ง๐๐จ๐ง๐ž๐ฌ๐ข๐š ๐“๐ž๐ซ๐จ๐ค๐š ๐๐ž๐ง๐๐ž๐ค๐š๐ญ๐š๐ง ๐๐š๐ก๐š๐ซ๐ฎ ๐๐ž๐ฆ๐›๐š๐ง๐ ๐ฎ๐ง๐š๐ง ๐ƒ๐ž๐ฌ๐š

Selepas pertemuan bersama Wakil Presiden Republik Indonesia, saya meneruskan agenda dengan mengadakan pertemuan bersama Menteri Desa dan Pembangunan Daerah Tertinggal Republik Indonesia, YT Bapak Haji Yandri Susanto.

Pertemuan ini turut menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman Kerjasama Pembangunan Luar Bandar antara Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dengan Kementerian Desa dan Pembangunan Daerah Tertinggal Republik Indonesia (KEMENDES PDT).

MoU ini memberi tumpuan kepada usaha membasmi kemiskinan tegar, meningkatkan taraf sosioekonomi serta merapatkan jurang pembangunan masyarakat desa. Pada masa yang sama, ia membuka ruang lebih luas kepada pembinaan keupayaan, pertukaran kepakaran, perkongsian amalan terbaik dan pembangunan modal insan secara lebih sistematik.

Dalam pertemuan ini, saya turut menjemput YT Bapak Yandri berkunjung ke Malaysia untuk melihat sendiri pendekatan pembangunan desa kita serta berkongsi amalan terbaik yang boleh dimanfaatkan bersama. Sebagai dua negara sahabat dan serumpun, Malaysia dan Indonesia mempunyai banyak ruang untuk terus belajar antara satu sama lain.

Insya-Allah, kerjasama ini akan terus diperkukuh supaya pembangunan desa bukan sahaja lebih tersusun dan inovatif, tetapi benar-benar mampu meningkatkan kesejahteraan rakyat di akar umbi.

#PembangunanDesa
#KKDW #KEMENDESPDT
#MalaysiaIndonesia

๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/19MtCkUcm8/?mibextid=wwXIfr

๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/p/DdZBrYPn1HZ/?img_index=15&stkn=MXh1dm9yaDhodjdmcg==

๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/2100585782671282606?s=46

๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/share/BAwjdNqAvb/

๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31

๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐‘๐š๐ง๐ ๐ค๐ฎ๐ฆ๐š๐ง ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐๐ž๐ซ๐ญ๐š๐ฆ๐š ๐‹๐š๐ฐ๐š๐ญ๐š๐ง ๐Š๐ž๐ซ๐ฃ๐š ๐ค๐ž ๐‰๐š๐ค๐š๐ซ๐ญ๐š

Alhamdulillah, selesai agenda hari pertama lawatan kerja saya di Jakarta.

Semalam, saya telah mengadakan kunjungan hormat kepada Wakil Presiden Republik Indonesia, YM Gibran Rakabuming Raka bagi membincangkan beberapa bidang utama kerjasama Malaysia-Indonesia termasuk jerebu rentas sempadan, pengurusan bencana, industri halal, TVET dan pembangunan perdesaan.

Saya kemudiannya mengadakan pertemuan bersama Menteri Desa dan Pembangunan Daerah Tertinggal Republik Indonesia, YT Bapak Haji Yandri Susanto yang turut menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman Kerjasama Pembangunan Luar Bandar antara KKDW dan KEMENDES PDT.

Insya-Allah, hari ini saya akan meneruskan agenda di Sidang Kemuncak Halal 20 (H20) Ke-5 dan menyampaikan ucaptama berkaitan usaha memperkukuh kerjasama serta ekosistem halal serantau.

Terus doakan kami di sini yaa.

#PengurusanBencana
#PembangunanDesa
#MalaysiaIndonesia

๐Ÿ“ฑTikTok: https://vt.tiktok.com/ZSqsw7qFy/

๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/reel/DdaN7HyPOpX/?stkn=MTVvbXptNTA1MmE3aA==

๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/v/19LceKJaZn/?mibextid=wwXIfr

๐Ÿ“ฑYouTube: https://youtu.be/mEE6uJU9jjY?si=18N9xVsl0YG19y_x

๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31

๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐Œ๐ž๐ฆ๐จ๐ก๐จ๐ง ๐Š๐ž๐š๐ฆ๐š๐ง๐š๐ง ๐๐š๐ง ๐Š๐ž๐›๐ž๐ซ๐ค๐š๐ญ๐š๐ง

Doa Nabi Ibrahim AS mengingatkan kita agar sentiasa memohon keamanan, kesejahteraan dan rezeki yang diberkati daripada Allah SWT.

Marilah kita mensyukuri nikmat yang dikurniakan serta terus berdoa agar negeri dan seluruh rakyat sentiasa berada dalam rahmat dan perlindungan Allah SWT.

#RisalahJumaat

๐Ÿ“ฑTiktok:
https://vt.tiktok.com/ZSqGSejLa/

๐Ÿ“ฑFB:
https://www.facebook.com/share/v/1C34dtidTk/?mibextid=wwXIfr

๐Ÿ“ฑIG:
https://www.instagram.com/reel/DdaiEHKsT2w/?stkn=OXJlZjVxd255b2hk

๐Ÿ“ฑX:
https://x.com/drzahidhamidi/status/2100797977854193697?s=46

๐Ÿ“ฑThreads:
https://www.threads.com/share/BAdBWGSeBO/

๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31

๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š ๐‚๐š๐๐š๐ง๐  ๐๐ž๐ง๐ฎ๐›๐ฎ๐ก๐š๐ง ๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐‡๐š๐ฅ๐š๐ฅ ๐€๐’๐„๐€๐

Alhamdulillah, saya sudah selesai menyampaikan ucaptama pada Sidang Kemuncak Halal 20 (H20) Ke-5 di Cibubur pagi tadi yang bertemakan โ€œBridging Bridges: Connecting Nations and Stronger Partnerships through Global Halal Trade & Economyโ€.

Dalam ucaptama tersebut, saya telah mencadangkan agar kita bergerak ke arah penubuhan rasmi Majlis Halal ASEAN, dengan sasaran untuk dilancarkan di Malaysia pada September 2027 sempena Bulan Halal Malaysia yang diraikan setiap tahun pada bulan September.

Sebagai langkah awal, Malaysia dan Indonesia akan membincangkan cadangan penubuhan Majlis Halal Malaysia-Indonesia semasa Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) di Kuala Lumpur pada akhir bulan ini. Kita menyasarkan penubuhannya pada Disember 2026, insya-Allah, tertakluk kepada persetujuan kedua-dua pihak.
Pengalaman dan hasil kerjasama ini boleh menjadi asas kepada pembentukan Majlis Halal ASEAN nanti.

Bagi saya, kekuatan industri halal ASEAN tidak seharusnya bergerak secara berasingan atau saling bersaing. Sebaliknya, kita perlu menghubungkan kekuatan setiap negara melalui kerjasama yang lebih tersusun, pengiktirafan bersama, penyelarasan pihak berkuasa serta akses pasaran yang lebih luas kepada usahawan dan pemain industri.

Inilah semangat Diplomasi Halal yang mahu kita bawa. Daripada pensijilan kepada perdagangan, daripada kepercayaan kepada pelaburan, dan daripada kekuatan nasional kepada kekuatan serantau.

Insya-Allah, jika kita mampu menggabungkan kekuatan Malaysia, Indonesia dan seluruh ASEAN, rantau ini mempunyai potensi besar untuk muncul sebagai antara peneraju utama ekonomi halal dunia.

#H20Summit
#ASEANHalalCouncil
#DiplomasiHalal
#MalaysiaIndonesia

๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/1ENvKoxwT2/?mibextid=wwXIfr

๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/p/Dda0sOsH-7V/?img_index=13&stkn=czd6MHN6anUzd3p1

๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/2100838701291233585?s=46

๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/share/BAWFpCxaGK/

๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31

๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
โค1
๐’๐ข๐ฅ๐š๐ญ๐ฎ๐ซ๐š๐ก๐ข๐ฆ ๐๐ข ๐‡๐š๐ฆ๐›๐š๐ฅ๐š๐ง๐ 

Alhamdulillah, saya telah berkesempatan bertemu sahabat saya, Presiden Republik Indonesia, YM Bapak Prabowo Subianto di Hambalang, Bogor.

Walaupun sudah beberapa kali bertemu, setiap pertemuan sentiasa membuka ruang baharu untuk kami mempererat hubungan Malaysia dan Indonesia serta memperluas kerjasama antara kedua-dua negara.

Terima kasih Bapak Prabowo atas kesudian menerima kunjungan saya serta menyambut baik kehadiran delegasi Malaysia. Saya amat menghargai masa yang diluangkan dan persahabatan yang terus terjalin erat antara kita.

Kredit Video: Biro Pers, Media, dan Informasi Sekretariat Presiden

#MalaysiaIndonesia

๐Ÿ“ฑTikTok: https://vt.tiktok.com/ZSqWL8MVY/

๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/reel/DddMQR5haix/?stkn=ZTltZTZjbXJmODli

๐Ÿ“ฑFB: https://fb.watch/v/6dQ2UuRDs/?mibextid=wwXIfr

๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31

๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š-๐ˆ๐ง๐๐จ๐ง๐ž๐ฌ๐ข๐š ๐’๐ž๐ฉ๐š๐ค๐š๐ญ ๐๐ž๐ซ๐ฅ๐ฎ๐š๐ฌ ๐Š๐ž๐ซ๐ฃ๐š๐ฌ๐š๐ฆ๐š

Pertemuan saya bersama Presiden Republik Indonesia, YM Bapak Prabowo Subianto di Hambalang telah menyentuh beberapa perkara yang memberi kepentingan langsung kepada kedua-dua negara.

Antaranya ialah tawaran Malaysia untuk membantu Indonesia menangani kebakaran hutan di Kalimantan. Saya menghargai kesediaan Bapak Presiden menerima bantuan Malaysia, termasuk sebuah pesawat Bombardier CL-415MP, tiga helikopter serta 52 anggota yang bersedia digerakkan bagi membantu operasi pemadaman kebakaran.

Kami turut berbincang mengenai langkah pencegahan supaya isu kebakaran hutan dan jerebu rentas sempadan dapat ditangani dengan lebih tersusun, selain meneroka ruang kerjasama yang lebih luas dalam bidang industri halal dan beberapa sektor lain yang boleh memberi manfaat bersama.

Saya amat menghargai pendirian Bapak Presiden bahawa hubungan Malaysia dan Indonesia berada pada tahap yang sangat baik. Seperti yang beliau tegaskan, Indonesia dan Malaysia adalah saudara dan hubungan yang baik ini perlu terus dipelihara melalui kerjasama serta sikap saling menghormati.

Bagi saya, inilah semangat yang perlu terus kita bawa. Sebagai dua negara serumpun, kita mempunyai begitu banyak persamaan, kepentingan bersama dan ruang untuk terus bergerak maju sebagai rakan yang saling melengkapi.

Insya-Allah, Malaysia dan Indonesia akan terus memilih jalan kerjasama, mencari penyelesaian bersama dan membuka lebih banyak ruang yang membawa manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.

Kredit Foto: Biro Pers, Media, dan Informasi Sekretariat Presiden

#MalaysiaIndonesia

๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/1DfZjw4qXy/?mibextid=wwXIfr

๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/p/DddbIP0n5o-/?img_index=5&stkn=aDVrempyeGdjNnR4

๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/2101204837866369384?s=46

๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/share/BAQNN9vNMn/

๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31

๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐‘๐š๐ง๐ ๐ค๐ฎ๐ฆ๐š๐ง ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐Š๐ž๐๐ฎ๐š ๐๐ข ๐‰๐š๐ค๐š๐ซ๐ญ๐š

Hari kedua di Jakarta membawa dua agenda utama yang mencerminkan eratnya hubungan Malaysia dan Indonesia.

Alhamdulillah, saya berkesempatan bertemu Presiden Republik Indonesia, YM Bapak Prabowo Subianto bagi bertukar pandangan mengenai beberapa perkara berkepentingan bersama, termasuk usaha menangani kebakaran hutan serta memperluas kerjasama antara kedua-dua negara.

Saya turut menyampaikan ucaptama pada Sidang Kemuncak Halal 20 (H20) Ke-5 dengan membawa cadangan penubuhan Majlis Halal ASEAN sebagai satu langkah strategik untuk menghubungkan kekuatan industri halal serantau.

Insya-Allah, daripada hubungan persahabatan di peringkat kepimpinan hinggalah kepada agenda halal yang lebih besar, Malaysia dan Indonesia akan terus bergerak seiring membuka ruang kerjasama yang memberi manfaat kepada rakyat dan rantau ini.

#MalaysiaIndonesia
#H20Summit
#ASEANHalalCouncil
#DiplomasiHalal

๐Ÿ“ฑYouTube: https://youtu.be/taRnhpKCLQc?si=Zj6BLB9AAnSDajjs

๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/v/1GeKigUDAn/?mibextid=wwXIfr

๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/reel/DddhuWdh1_U/?stkn=aWl1c2NibXZoM3Js

๐Ÿ“ฑTikTok: https://vt.tiktok.com/ZSqWuepMd/

๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31

๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐Ÿ‘1