Dr Ahmad Zahid Hamidi
403 subscribers
64 photos
3 videos
3.15K links
Download Telegram
๐“๐š๐ก๐ง๐ข๐š๐ก ๐€๐ง๐š๐ค-๐€๐ง๐š๐ค ๐๐š๐ ๐š๐ง ๐ƒ๐š๐ญ๐ฎ๐ค

Alhamdulillah, saya amat berbangga apabila dimaklumkan anak-anak Bagan Datuk sekali lagi telah mengharumkan nama daerah kita apabila berjaya meraih 6 pingat emas, 6 pingat perak dan 5 pingat gangsa dalam AG Little Gym Challenge Cup Selangor 2026.

Pencapaian ini membuktikan bahawa anak-anak Bagan Datuk bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah mampu menyerlah dalam bidang sukan apabila diberikan peluang, bimbingan dan sokongan yang sewajarnya.

Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada semua atlet, jurulatih, ibu bapa serta seluruh pasukan yang bertungkus-lumus sehingga membuahkan kejayaan yang cukup membanggakan ini.

Saya mendoakan semoga anak-anak ini terus cemerlang dan dipermudahkan segala urusan apabila beraksi di peringkat kebangsaan nanti. Insya-Allah, semoga lebih banyak kejayaan dapat dilakar.

#BaganDatuk
#BaganDatukNombor1
#AGLittleGymChallengeCup2026

๐Ÿ“ฑFB: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0ZKXnDda9qEn9CigaFE1J2sjR6s5aqdpTvGTmgvjvSVfmndoriuFiMaZzPppxGejGl&id=100044617711053&mibextid=wwXIfr

๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/p/DbnhWqSSV19/?igsh=NGxqMXZjOWpseW5h

๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/2084611469438746667?s=46

๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/share/_5K7q0keq/

๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31

๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐Ÿ‘1
๐Š๐ž๐ฌ๐ข๐š๐ฉ๐ฌ๐ข๐š๐ ๐š๐š๐ง ๐€๐๐š๐ฅ๐š๐ก ๐Š๐ž๐ค๐ฎ๐š๐ญ๐š๐ง

Malaysia memerlukan sistem kesiapsiagaan yang kukuh serta kerjasama erat daripada semua pihak. Insya-Allah, dengan iltizam dan semangat sebagai satu pasukan, kita akan terus memperkukuh keupayaan negara demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat.

#SiagaBencanaUdara2026
#SatuSistemSatuArahanSatuTindakan
#PengurusanBencana
#KeselamatanPenerbangan

๐Ÿ“ฑTiktok:
https://vt.tiktok.com/ZS45KFXq7/

๐Ÿ“ฑIG:
https://www.instagram.com/reel/Dbnnzh6SQuw/?igsh=MW85eTF1ZGdtenJxbA==

๐Ÿ“ฑFB:
https://www.facebook.com/share/r/1DvEtD72QZ/?mibextid=wwXIfr

๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31

๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐Ÿ‘1
๐๐š๐ญ๐ข๐จ๐ง๐š๐ฅ ๐Œ๐จ๐ฌ๐ช๐ฎ๐ž ๐Ž๐ฉ๐ž๐ง ๐ƒ๐š๐ฒ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” @๐Œ๐š๐ฌ๐ฃ๐ข๐ ๐“๐ฎ๐ฆ๐ข๐ง๐š๐ก ๐‡๐š๐ฆ๐ข๐๐ข, ๐๐š๐ ๐š๐ง ๐ƒ๐š๐ญ๐ฎ๐ค

Saya ingin menjemput seluruh warga Bagan Datuk dan semua yang berkelapangan untuk bersama-sama memeriahkan National Mosque Open Day 2026 yang akan berlangsung di Masjid Tuminah Hamidi dan Dataran Bagan Datuk.

Program ini mengetengahkan peranan masjid sebagai pusat ibadah, perkongsian ilmu, penyatuan ummah serta destinasi pelancongan Islam melalui pelbagai aktiviti yang sesuai untuk seisi keluarga.

Jemput hadir beramai-ramai seperti ketetapan berikut:
๐Ÿ—“๏ธ 13 - 15 Ogos 2026
๐Ÿ“ Masjid Tuminah Hamidi & Dataran Bagan Datuk, Perak

Antara pengisian menarik:
โœ… Ceramah Khas bersama Al Fadhil Ustaz Habib Ali Zaenal Abidin Alhamid dan Al Fadhil Ustaz Habib Najmuddin Othman Alkhered
โœ… Persembahan Kumpulan Qasidah
โœ… Street Soccer 3X3, Futsal & E-Sports
โœ… Pertandingan Azan, Mewarna & Demonstrasi Khat
โœ… Mosque Tour, Memanah, Brisk Walk, Sand Art, Giant Bubble Station serta pelbagai aktiviti komuniti

Penyertaan adalah PERCUMA dan terbuka kepada semua lapisan masyarakat.

Jemput hadir beramai-ramai. Insya-Allah, kita jumpa di sana yaa.

#NationalMosqueOpenDay2026
#MasjidTuminahHamidi
#BaganDatuk

๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/1HS1gYs3if/?mibextid=wwXIfr

๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/p/DbpOv4xEsSY/?img_index=2&igsh=MXFkMHlmbmEzZGkwaA==

๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/2084851979369791492?s=46

๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/share/BAWYsHa1m6/

๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31

๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
โค1
๐Œ๐ž๐ง๐ฃ๐ฎ๐ฅ๐š๐ง๐  ๐ƒ๐ž๐ฌ๐š ๐Œ๐ž๐ง๐ ๐ ๐š๐ฅ๐š๐ฌ ๐€๐ฆ๐š๐ง๐š๐ก ๐๐ž๐ ๐š๐ซ๐š

Saya memulakan pagi tadi dengan bersama seluruh warga KKDW dalam Perhimpunan Bulanan Kementerian bagi menyampaikan amanat sempena memasuki Bulan Kebangsaan.

Semasa menyampaikan amanat, saya telah menegaskan bahawa apa juga dinamika politik yang berlaku, amanah kepada rakyat tidak pernah mengenal musim.

Tanggungjawab kita adalah memastikan setiap dasar, program dan projek terus dilaksanakan dengan penuh integriti, profesionalisme serta memberi manfaat kepada masyarakat desa.

Rakyat menilai kita bukan hanya melalui apa yang kita ucapkan, tetapi melalui hasil yang benar-benar mereka rasai.

Pada majlis yang sama, saya telah menyempurnakan pelancaran Pelan Strategik PERDA 2026-2030 sebagai panduan memperkukuh agenda pembangunan luar bandar di Pulau Pinang.

Sebagai simbolik menyemarakkan semangat cintakan negara, saya turut menyempurnakan Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat KKDW.

Semoga semangat kemerdekaan tahun ini menjadi pemangkin untuk kita terus bekerja sebagai satu pasukan serta memastikan tiada masyarakat desa yang tertinggal daripada arus pembangunan.

Insya-Allah, selagi diberikan amanah, saya dan seluruh warga KKDW akan terus berusaha membangunkan desa, mengangkat potensi rakyat dan melaksanakan setiap tanggungjawab dengan sebaik-baiknya demi agama, bangsa dan negara.

#KKDW
#DesaMalaysia
#BulanKebangsaan2026
#KibarJalurGemilang

๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/1ENVVwApNq/?mibextid=wwXIfr

๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/p/DbsGbs2El9K/?img_index=7&igsh=OWViZnpzM2MwY2g=

๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/2085255880342413682?s=46

๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/share/BATgE6xAcS/

๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31

๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐Ÿ‘1
Usai Perhimpunan Bulanan KKDW, saya meneruskan jadual hari ini dengan bertemu Ahli Exco Majlis TVET Negara bagi berkongsi hala tuju serta keutamaan dalam memperkasa ekosistem TVET negara.

Dalam sesi ini juga, saya telah menyampaikan watikah pelantikan kepada 10 Ahli Exco Majlis TVET Negara yang akan menerajui portfolio strategik masing-masing. Tahniah saya ucapkan kepada semua yang dilantik. Amanah ini merupakan tanggungjawab besar untuk mencetuskan idea baharu dan memastikan agenda TVET negara terus bergerak ke hadapan.

Alhamdulillah, hari ini 56.86% lepasan sekolah telah memilih laluan TVET. Ini membuktikan bahawa TVET bukan lagi pilihan kedua, sebaliknya semakin diyakini sebagai laluan utama untuk membina masa depan yang lebih baik.

Melalui TVET 2.0, fokus kita adalah untuk memastikan lebih ramai graduan mendapat pekerjaan bergaji premium serta melahirkan usahawan yang mampu mencipta peluang pekerjaan kepada orang lain. Itulah ukuran sebenar kejayaan yang kita mahukan.

Insya-Allah, saya berharap barisan Ahli Exco yang dilantik akan memanfaatkan sepenuhnya kepakaran, pengalaman dan jaringan yang dimiliki untuk memperkukuh ekosistem TVET negara. Saya yakin, dengan kerjasama semua pihak, kita mampu melahirkan lebih ramai bakat berkemahiran tinggi yang menjadi pemacu kepada pembangunan ekonomi Malaysia.

#TVETMalaysia
#MajlisTVETNegara
#TVET2.0
#PembangunanModalInsan

๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/17nPH8qN5M/?mibextid=wwXIfr

๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/p/DbsPP-tkulC/?img_index=1&igsh=dGx1aWc3a2s5Nm0x

๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/2085275353921245365?s=46

๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/share/BAVkguVWy0/

๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31

๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐Ÿ‘1
๐’๐ž๐›๐ฎ๐š๐ก ๐๐š๐ฌ๐ค๐ก๐š๐ก ๐Œ๐ž๐ง๐ฃ๐ฎ๐ฅ๐š๐ง๐  ๐€๐ฌ๐ฉ๐ข๐ซ๐š๐ฌ๐ข ๐ƒ๐ž๐ฌ๐š

Saya mengambil kesempatan Perhimpunan Bulanan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) pagi tadi, untuk melancarkan buku Menjulang Desa, Menggalas Amanah Negara.

Buku ini lahir hasil pengalaman saya sepanjang memimpin KKDW. Setiap catatan merakam idea, dasar dan ikhtiar yang menjadi pegangan paling ampuh dalam usaha membangunkan desa serta memperkasa masyarakat luar bandar.

Antara lain, ia berkisar tentang suka duka perjalanan memakmurkan desa melalui pengalaman, pemikiran dan pendekatan kepimpinan menerajui KKDW yang sememangnya dekat dengan jiwa saya sebagai anak kampung.

Ia bukan sekadar himpunan ucapan rasmi, tetapi turut memaparkan rangkuman idea, dasar dan tindakan yang membentuk agenda transformasi luar bandar Malaysia dalam menghadapi cabaran zaman semakin kompleks, dengan cabaran yang menuntut kematangan.

Lapan tema utama digarap rapi dalam mengupas pelbagai aspek pembangunan desa, merangkumi tadbir urus, pembangunan, pendidikan, ekonomi, keadilan sosial, pemerkasaan agensi dan usaha diplomasi yang dilaksanakan bagi memperkukuh kesejahteraan masyarakat desa. Setiap bab memperlihatkan bagaimana dasar diterjemahkan kepada tindakan dan bagaimana tindakan dilaksana memberi impak kepada kehidupan rakyat.

Lebih penting, buku ini mengangkat kedudukan desa - bukan sebagai kawasan pinggiran pembangunan, tetapi ruang berpotensi besar untuk menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi, mobiliti sosial dan kemajuan negara. Di sebalik setiap dasar dan program, terselit kisah manusia, aspirasi komuniti serta ikhtiar berterusan untuk memastikan tiada rakyat tercicir daripada arus pembangunan negara.

Saya berharap kandungan buku ini dapat dicerna oleh golongan pembuat dasar, penjawat awam, pemimpin masyarakat, mahasiswa dan sesiapa sahaja yang ingin memahami bahawa masa depan negara tercinta ini tidak hanya dibina di kota-kota besar, tetapi turut bermula dari desa yang diperkasa, dimajukan dan dimakmurkan bersama.

Keyakinan saya tidak pernah berganjak, bahawa desa dan luar bandar boleh menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi, melahirkan bakat, membuka peluang dan menyumbang kepada kemajuan negara.

Dengan rasa rendah diri, saya berharap naskhah ini dapat kita selami kandungannya dan memberi manfaat kepada semua yang ingin bersama-sama menjulang desa dan menggalas amanah negara.

Tanggungjawab ini mungkin tergalas di bahu saya, namun gandingannya adalah setiap anak desa yang tidak pernah lelah berusaha menggapai puncak jaya.

#KKDW #PejuangDesa
#DesaMalaysia
#MenjulangDesa
#MenggalasAmanahNegara

๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/1UmwzJeByu/?mibextid=wwXIfr

๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/p/Dbsgenlyv1N/?igsh=ZWQ1djU0c3VmczA1

๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/2085313203274432768?s=46

๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/share/BAP4irsyuC/

๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31

๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐Ÿ‘2
๐‰๐จ๐ฆ ๐Š๐ž ๐๐š๐ญ๐ข๐จ๐ง๐š๐ฅ ๐Œ๐จ๐ฌ๐ช๐ฎ๐ž ๐Ž๐ฉ๐ž๐ง ๐ƒ๐š๐ฒ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Pelbagai pengisian ilmu, aktiviti komuniti dan acara menarik untuk seisi keluarga menanti anda di National Mosque Open Day 2026 @Masjid Tuminah Hamidi, Bagan Datuk.

๐Ÿ—“๏ธ 13 - 15 Ogos 2026
๐Ÿ“ Masjid Tuminah Hamidi & Dataran Bagan Datuk, Perak

Penyertaan PERCUMA dan terbuka kepada semua.

Jemput datang beramai-ramai bersama keluarga dan sahabat.

Jumpa di Bagan Datuk!

#NationalMosqueOpenDay2026
#MasjidTuminahHamidi
#BaganDatuk

๐Ÿ“ฑTikTok: https://vt.tiktok.com/ZS4XdHLm8/

๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/reel/DbuKrtiSfaa/?igsh=MXRvaXZ5Z2Nlc3ZlZw==

๐Ÿ“ฑFB: https://fb.watch/IQZwW61vJh/?mibextid=wwXIfr

๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/share/BAWFcGUubJ/

๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31

๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
โค1
๐Œ๐ž๐ง๐ ๐ž๐ฃ๐š๐ซ ๐Š๐ž๐ซ๐ž๐๐š๐š๐ง ๐ˆ๐ฅ๐š๐ก๐ข

Keredaan Allah SWT adalah nikmat yang paling agung untuk dikejar dalam kehidupan ini.

Semoga setiap amal yang kita lakukan lahir daripada keikhlasan dan ketakwaan kepada-Nya, agar kita sentiasa dipimpin menuju rahmat, keampunan serta balasan syurga yang kekal abadi sebagaimana yang dijanjikan kepada hamba-hamba-Nya yang bertakwa.

#risalahjumaat

๐Ÿ“ฑTiktok:
https://vt.tiktok.com/ZS4XuU1sd/

๐Ÿ“ฑIG:
https://www.instagram.com/reel/Dbub-G5SsD5/?igsh=MWM3aTg2NGtyd2Nycg==

๐Ÿ“ฑFB:
https://www.facebook.com/share/v/1BqBtY6cMY/?mibextid=wwXIfr

๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31

๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
โค1
๐€๐ฆ๐š๐ง๐š๐ก ๐”๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐‘๐š๐ค๐ฒ๐š๐ญ

Apa jua keadaan, amanah kepada rakyat mesti terus dilaksanakan. Insya-Allah, kita akan terus bekerja sebagai satu pasukan demi memastikan pembangunan desa terus diperkasa dan manfaatnya dapat dirasai oleh seluruh masyarakat.

#KKDW
#DesaMalaysia
#BulanKebangsaan2026

๐Ÿ“ฑTiktok:
https://vt.tiktok.com/ZS4qnrshD/

๐Ÿ“ฑIG:
https://www.instagram.com/reel/Dbw9KuHSLFM/?igsh=MW43ZGQ3ZWowcTNv

๐Ÿ“ฑFB:
https://www.facebook.com/share/v/1HZGcEgb12/?mibextid=wwXIfr

๐Ÿ“ฑYoutube:
https://youtu.be/_FmAALhc7zM?si=c5zo9uyi2Qki6nWQ

๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31

๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
โค1
๐–๐š๐ซ๐ข๐ฌ๐š๐ง ๐‘๐ฎ๐ง๐ ๐ฎ๐ฌ, ๐Š๐ก๐š๐ณ๐š๐ง๐š๐ก ๐’๐š๐›๐š๐ก

Alhamdulillah, hari ini saya terbang ke Kudat untuk bersama masyarakat Rungus dalam Festival Kebudayaan Masyarakat Rungus Malaysia 2026 di Matunggong, Sabah.

Terima kasih saya ucapkan atas sambutan yang begitu mesra. Saya turut berbesar hati apabila disarungkan sigal sebagai tanda penghormatan. Setiap kali berada di Sabah, saya sentiasa kagum melihat kekayaan adat dan budaya yang terus dipelihara serta diwariskan daripada satu generasi kepada generasi seterusnya.

Masyarakat Rungus mempunyai warisan yang cukup istimewa. Daripada bahasa dan adat resam, seni manik hinggalah rumah panjang dan kraftangan tradisi, semuanya mempunyai nilai yang boleh terus diperkasakan sehingga mampu membuka lebih banyak peluang ekonomi melalui perusahaan desa, pelancongan komuniti dan industri kreatif.

Dalam masa yang sama, pembangunan luar bandar di Sabah akan terus menjadi keutamaan KKDW. Tahun ini sahaja, sebanyak 311 projek pembangunan bernilai RM1.57 bilion sedang dilaksanakan di seluruh Sabah, termasuk 22 projek dan 115 subprojek bernilai RM191.75 juta di Parlimen Kudat.

Saya turut mendengar beberapa perkara yang dibangkitkan masyarakat di sini dan insya-Allah, kita akan teliti serta berikan perhatian sewajarnya.

Saya mahu masyarakat Rungus terus maju tanpa kehilangan identiti yang menjadi kebanggaan mereka. Warisan terus dipelihara, peluang ekonomi terus diperluas dan pembangunan terus kita bawa agar manfaatnya sampai kepada masyarakat di sini.

Inilah kekuatan Sabah dan Malaysia. Berbeza budaya dan latar belakang, namun kita tetap hidup bersama dalam semangat saling menghormati dan kebersamaan.

#Sabah #Kudat
#Rungus
#KKDW #PejuangDesa
#DesaMalaysia

๐Ÿ“ฑFB:
https://www.facebook.com/share/p/1H728H5zft/?mibextid=wwXIfr

๐Ÿ“ฑIG:
https://www.instagram.com/p/DbxzuxHEmUk/?igsh=MWVnZWV6c2N1N2hq

๐Ÿ“ฑX:
https://x.com/drzahidhamidi/status/2086044952145109020?s=46

๐Ÿ“ฑThreads:
https://www.threads.com/share/BATIm8rdud/

๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31

๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
โค1
๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐Œ๐ž๐ง๐ฒ๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐Ž๐ซ๐š๐ง๐  ๐€๐ฌ๐ฅ๐ข ๐’๐ž๐๐ฎ๐ง๐ข๐š ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Masyarakat Orang Asli sentiasa dekat di hati saya. Sepanjang diberikan amanah menerajui Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, saya berpeluang mendekati lebih banyak komuniti Orang Asli, mendengar sendiri suara mereka serta memahami keperluan dan cabaran yang dihadapi.

Setiap pertemuan bersama mereka memberikan pengalaman yang cukup bermakna buat saya. Di sebalik keunikan adat, budaya dan cara hidup yang terus dipertahankan, saya melihat begitu banyak potensi dalam komuniti ini, khususnya dalam kalangan generasi mudanya yang mempunyai cita-cita dan kemampuan untuk pergi lebih jauh.

Sebab itu, komitmen KKDW melalui JAKOA akan terus diperkasakan. Daripada pendidikan anak-anak Orang Asli, peluang ekonomi dan peningkatan pendapatan hinggalah kepada kemudahan asas serta kesejahteraan komuniti, kita akan terus berusaha memastikan setiap inisiatif yang dilaksanakan benar-benar memenuhi keperluan mereka.

Banyak yang telah kita usahakan, namun masih banyak lagi yang perlu kita lakukan. Insya-Allah, saya akan terus mendengar, terus turun mendekati masyarakat Orang Asli dan memastikan suara mereka sentiasa diberikan perhatian dalam setiap agenda pembangunan yang kita bawa.

Sempena Hari Orang Asli Sedunia 2026, saya merakamkan penghargaan kepada seluruh masyarakat Orang Asli atas sumbangan mereka dalam memperkayakan kepelbagaian budaya dan warisan negara. Teruslah melangkah maju dengan identiti dan jati diri yang menjadi kebanggaan kita bersama.

Selamat Menyambut Hari Orang Asli Sedunia 2026.

#HariOrangAsliSedunia2026
#OrangAsli #JAKOA
#KKDW #PejuangDesa

๐Ÿ“ฑFB:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0bUMuNh59zpq3H7hqRwUhMbCpRaHhy21RjcNFoGQJn1Qa3huJzmct2FtVCU5tXckel&id=100044617711053&mibextid=wwXIfr

๐Ÿ“ฑIG:
https://www.instagram.com/p/DbzOPrGyw6p/?igsh=MXdldGh1ZGg4eTZyNQ==

๐Ÿ“ฑX:
https://x.com/drzahidhamidi/status/2086258361302196734?s=46

๐Ÿ“ฑThreads:
https://www.threads.com/share/_l7e59e3d/

๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31

๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
โค2
๐Ÿ’ ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐‹๐š๐ ๐ข!

Dah rancang nak datang? National Mosque Open Day 2026 @Masjid Tuminah Hamidi, Bagan Datuk bakal berlangsung dengan pelbagai aktiviti menarik untuk semua lapisan masyarakat.

๐Ÿ—“๏ธ 13 - 15 Ogos 2026
๐Ÿ“ Masjid Tuminah Hamidi & Dataran Bagan Datuk, Perak

Jangan datang seorang, ajak keluarga dan sahabat sekali. Jemput hadir beramai-ramai, kita meriahkan National Mosque Open Day 2026!

#NationalMosqueOpenDay2026
#MasjidTuminahHamidi
#BaganDatuk

๐Ÿ“ฑTiktok:
https://vt.tiktok.com/ZS4ppB62c/

๐Ÿ“ฑIG:
https://www.instagram.com/reel/DbzUMjJyrAH/?igsh=MXQ1cjJxNWZ1NXljdg==

๐Ÿ“ฑFB:
https://fb.watch/ITCGyz4WXP/?mibextid=wwXIfr

๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31

๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
โค2
๐”๐Œ๐๐Ž ๐๐š๐ฅ๐ข๐ง๐ : ๐Œ๐ž๐ซ๐š๐ฉ๐š๐ญ๐ค๐š๐ง ๐’๐š๐Ÿ, ๐Œ๐ž๐ฆ๐›๐ข๐ง๐š ๐Š๐ž๐ฒ๐š๐ค๐ข๐ง๐š๐ง

Kekuatan UMNO terletak pada kesatuan saf dan kesungguhan kita untuk terus bekerja demi rakyat. Dengan semangat inilah, hari ini saya telah menyempurnakan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Baling 2026.

Saya menghargai semangat serta kesatuan yang ditunjukkan oleh seluruh perwakilan. Ini merupakan kekuatan yang perlu terus dipelihara dan diterjemahkan melalui gerak kerja yang tersusun di akar umbi.

Saya berpesan kepada semua jentera untuk terus turun dan mendekati rakyat kerana kita jangan hanya menunggu apabila pilihan raya tiba. Sebaliknya bina keyakinan rakyat melalui kerja yang konsisten dari sekarang.

Saya yakin UMNO Baling mampu terus menjadi antara kekuatan penting UMNO di Kedah. Dengan kesatuan, disiplin dan semangat berkhidmat, Insya-Allah kita mampu membina momentum yang lebih kukuh untuk perjuangan seterusnya.

Bersatu. Bersetia. Berkhidmat.

#UMNO
#UMNOBaling
#UMNOKedah
#BersatuBersetiaBerkhidmat

๐Ÿ“ฑFB:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02KyfpoiTb1bYhNxk8nT1GihUnD6kV8mEPuuTJBypwdU6A4zgspAeWgdEzpsQJ1g6Ql&id=100044617711053&mibextid=wwXIfr

๐Ÿ“ฑIG:
https://www.instagram.com/p/Db0lkLMEiJM/?igsh=MXFjMnF3aHByaDcxYQ==

๐Ÿ“ฑX:
https://x.com/drzahidhamidi/status/2086450361024627003?s=46

๐Ÿ“ฑThreads:
https://www.threads.com/share/BALDaAtgly/

๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31

๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
โค2
๐๐ž๐ซ๐ž๐ ๐ฎ ๐‹๐ž๐ฅ๐š๐ค๐ข ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š ๐‚๐ข๐ฉ๐ญ๐š ๐Š๐ž๐ฃ๐š๐ฒ๐š๐š๐ง ๐๐ข ๐Š๐จ๐ซ๐ž๐š ๐Œ๐š๐ฌ๐ญ๐ž๐ซ๐ฌ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Tahniah saya ucapkan kepada beregu lelaki negara, Tee Kai Wun-Yap Roy King dan Soh Wooi Yik-Man Wei Chong, masing-masing muncul sebagai juara dan naib juara Kejohanan Badminton Korea Masters 2026.

Aksi penuh debaran dan sengit dipamerkan oleh kedua-dua gandingan baharu ini dalam pertemuan sesama sendiri. Syabas dan terima kasih kepada semua yang terlibat atas usaha serta komitmen yang diberikan.

Semoga kejayaan ini menjadi suntikan semangat untuk terus mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa.

#Juara
#Naibjuara
#MastersKorea2026
#KitaSemuaTeamMAS

๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/19YRtmqBqL/?mibextid=wwXIfr

๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/p/Db1v7Vyya7B/?igsh=MXEwOXhvN2R0eWFvOA==

๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/2086613466283118862?s=46

๐Ÿ“ฑThread: https://www.threads.com/share/BAXaRWc3HI/

๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31

๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
โค2
๐Š๐ž๐ฌ๐ข๐ก๐š๐ญ๐š๐ง ๐ƒ๐š๐ง ๐๐ž๐ฆ๐›๐š๐ง๐ ๐ฎ๐ง๐š๐ง ๐Œ๐ž๐ฌ๐ญ๐ข ๐’๐ž๐ข๐ซ๐ข๐ง๐ 

Hari ini saya telah menyempurnakan Majlis Peluncuran Pelan Strategik Penentu Sosial Kesihatan Orang Asli (NSPSDHOA) di Kampung Orang Asli Air Banun, Gerik.

Saya percaya pembangunan masyarakat Orang Asli mesti dilaksanakan secara menyeluruh, merangkumi aspek kesihatan, pendidikan, kemahiran dan kesejahteraan komuniti.

Pendekatan _whole-of-government_ penting dalam memastikan setiap kementerian bergerak bersama, mengikut peranan masing-masing, demi meningkatkan kesejahteraan rakyat, khususnya untuk Orang Asli di seluruh negara.

Insya-Allah, usaha ini akan terus diperkasakan agar generasi Orang Asli membesar dengan lebih sihat, berdaya maju dan mempunyai peluang yang lebih luas untuk membina masa depan yang lebih sempurna.

#NSPSDHOA
#JAKOA #KKDW
#PejuangDesa
#DesaMalaysia

๐Ÿ“ฑFB:
https://www.facebook.com/share/p/19BiN1pooy/?mibextid=wwXIfr

๐Ÿ“ฑIG:
https://www.instagram.com/p/Db24DevElCD/?igsh=MTh1Z3ZybjZ6cGx0cg==

๐Ÿ“ฑX:
https://x.com/drzahidhamidi/status/2086772661892599905?s=46

๐Ÿ“ฑThreads:
https://www.threads.com/share/BAVfqIGoJJ/

๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31

๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
โค2
Petang tadi, saya meluangkan masa menziarahi Datoโ€™ Seri Ismail Sabri Yaakob di Institut Jantung Negara (IJN).

Saya mendoakan semoga beliau terus diberikan kekuatan dan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan serta dikurniakan kesembuhan yang sempurna.

Semoga beliau segera kembali pulih dan dapat meneruskan kehidupan seharian seperti biasa, Insya-Allah.

๐Ÿ“ฑFB:
https://www.facebook.com/share/1GHfjxq9do/?mibextid=wwXIfr

๐Ÿ“ฑIG:
https://www.instagram.com/p/Db3BKaMyNL-/?igsh=MWlhZzNvbHljbDN5bQ==

๐Ÿ“ฑX:
https://x.com/drzahidhamidi/status/2086792599197614352?s=46

๐Ÿ“ฑThreads:
https://www.threads.com/share/BAL3HTEm1K/

๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31

๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
โค2
Kesatuan akar umbi terus menjadi kekuatan UMNO. Dengan saf yang diperkukuh dan gerak kerja yang konsisten, keyakinan rakyat akan terus kita bina.

#UMNO #UMNOBaling #UMNOKedah #BersatuBersetiaBerkhidmat

๐Ÿ“ฑTiktok:
https://vt.tiktok.com/ZS4WChCWu/

๐Ÿ“ฑIG:
https://www.instagram.com/reel/Db3Jam2yzqS/?igsh=NjNnNXhqaXdqcnlh

๐Ÿ“ฑFB:
https://fb.watch/IVz_cGlcU-/?mibextid=wwXIfr

๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31

๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
โค3
๐‰๐จ๐ฆ ๐Š๐ž ๐๐š๐ญ๐ข๐จ๐ง๐š๐ฅ ๐Œ๐จ๐ฌ๐ช๐ฎ๐ž ๐Ž๐ฉ๐ž๐ง ๐ƒ๐š๐ฒ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Insya-Allah, Alfadhil Ustaz Habib Ali Zaenal Abidin Alhamid akan bersama kita dalam National Mosque Open Day 2026 @Masjid Tuminah Hamidi, Bagan Datuk.

๐Ÿ—“๏ธ 13 Ogos 2026 | Khamis
โฐ 7.00 malam โ€“ 10.30 malam
๐Ÿ“ Masjid Tuminah Hamidi, Bagan Datuk

Ayuh bawa keluarga, sahabat dan jiran bersama-sama mengimarahkan masjid dengan majlis ilmu, qasidah dan selawat.

Saya sendiri pun sudah tidak sabar untuk hadir bersama-sama memeriahkan National Mosque Open Day 2026 ini.

Jemput hadir beramai-ramai yaa. Kita jumpa di Bagan Datuk khamis ini!

#NationalMosqueOpenDay2026
#MasjidTuminahHamidi
#BaganDatuk

๐Ÿ“ฑTiktok:
https://vt.tiktok.com/ZS4v8dFAF/

๐Ÿ“ฑIG:
https://www.instagram.com/reel/Db4iIvdSdxA/?igsh=MWl3eTl1eDJ2ZHZlNQ==

๐Ÿ“ฑFB:
https://fb.watch/IWhk1tMK1c/?mibextid=wwXIfr

๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31

๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
โค2
๐Œ๐ž๐ง๐ฃ๐š๐ ๐š ๐–๐š๐ซ๐ข๐ฌ๐š๐ง, ๐Œ๐ž๐ฆ๐›๐ข๐ง๐š ๐Œ๐š๐ฌ๐š ๐ƒ๐ž๐ฉ๐š๐ง

Warisan dan budaya adalah kekuatan yang menyatukan kita. Insya-Allah, terus kita pelihara khazanah suku kaum Rungus, sambil memperluas peluang ekonomi dan pembangunan demi masa depan masyarakat Sabah.

#Sabah #Kudat
#Rungus
#KKDW #PejuangDesa

๐Ÿ“ฑTiktok:
https://vt.tiktok.com/ZS4cUgQ1C/

๐Ÿ“ฑIG:
https://www.instagram.com/reel/Db5YbCiSWT2/?igsh=MjM1N2NmZGRmam1u

๐Ÿ“ฑFB:
https://www.facebook.com/share/v/187GiG665h/?mibextid=wwXIfr

๐Ÿ“ฑYoutube:
https://youtu.be/jWYDP8S-_r4?si=pogOmZdb_UYk4fYb

๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31

๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
โค2
Saya mendengar dengan penuh teliti perbahasan-perbahasan mengenai Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Tabung Haji yang berlangsung di Parlimen, hari ini.

Ruang telah dibuka untuk setiap persoalan diperbahaskan, diperjelaskan dan dirungkai dengan sebaik-baiknya oleh Ahli-Ahli Parlimen. Mudah-mudahan selepas ini, tiada lagi pihak yang memilih untuk melemparkan tuduhan keterlaluan atau membina persepsi tanpa bersandarkan kebenaran.

Apa jua teguran yang membina mesti disusuli dengan tindakan yang penuh bertanggungjawab, bagi memastikan institusi besar umat Islam ini terus kukuh, diyakini dan tidak lagi dibelenggu polemik yang berpanjangan.

Semoga Allah SWT mengurniakan kita kebijaksanaan dalam menilai, hikmah dalam berbicara dan keikhlasan dalam mencari kebenaranโ€ฆ demi kemaslahatan ummah dan kepentingan negara.

Insya-Allah.

๐Ÿ“ฑFB:
https://www.facebook.com/share/p/1C9EC7qusA/?mibextid=wwXIfr

๐Ÿ“ฑIG:
https://www.instagram.com/p/Db5qHp8Eldl/?igsh=aGRqZmM0dmd6cnV5

๐Ÿ“ฑX:
https://x.com/drzahidhamidi/status/2087164023490138605?s=46

๐Ÿ“ฑThreads:
https://www.threads.com/share/BAUMGCU6ta/

๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31

๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐Œ๐ž๐ฆ๐›๐ข๐ง๐š ๐Œ๐š๐ฌ๐š ๐ƒ๐ž๐ฉ๐š๐ง ๐Ž๐ซ๐š๐ง๐  ๐€๐ฌ๐ฅ๐ข

Bersama kita terus memperkukuh kesejahteraan masyarakat Orang Asli dan membuka lebih banyak peluang untuk masa depan yang lebih baik.

#NSPSDHOA
#JAKOA #KKDW
#PejuangDesa
#DesaMalaysia

๐Ÿ“ฑTiktok:
https://vt.tiktok.com/ZS4TSJwj8/

๐Ÿ“ฑIG:
https://www.instagram.com/reel/Db7HIy4y3bm/?igsh=bjVhN3ozeGtpeDd3

๐Ÿ“ฑFB:
https://www.facebook.com/share/v/1JxFi3NCw5/?mibextid=wwXIfr

๐Ÿ“ฑYoutube:
https://youtu.be/I7SEEi-Kdg0?si=YHfLcB5C2FIZCtQD

๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31

๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
โค2