Dr Ahmad Zahid Hamidi
403 subscribers
64 photos
3 videos
3.15K links
Download Telegram
Saya amat menghargai segala liputan dan hebahan yang diberikan oleh rakan-rakan media sepanjang PRN Negeri Sembilan kali ini.

Seperti jentera parti politik, para petugas media juga mempunyai perjuangan dan tanggungjawab tersendiri untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat secara telus dan berhemah, meskipun saya faham terpaksa berdepan pelbagai cabaran serta kekangan sepanjang tempoh pilihan raya.

Dari lubuk hati, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua rakan-rakan media.

Saya amat memahami tuntutan serta cara kerja media, dan benar-benar menghargai setiap usaha yang dicurahkan sepanjang kempen ini.

Terima kasih kerana memberikan yang terbaik buat Barisan Nasional. 💙💙

📱FB: https://www.facebook.com/share/199e9pdPVa/?mibextid=wwXIfr

📱IG: https://www.instagram.com/p/DbavqDOyiWy/?igsh=MTZxcHJ0ajJ5c285bA==

📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2082813490495115284?s=46

📱Threads: https://www.threads.com/share/BAJoDDWMXx/

📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31

📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐉𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐚, 𝐇𝐞𝐛𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐦𝐮𝐥𝐚 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐒𝐞𝐦𝐛𝐢𝐥𝐚𝐧

Dalam perjuangan politik, kekuatan sebenar tidak hanya diukur pada pentas yang besar.. tetapi pada keikhlasan setiap langkah di akar umbi.

Alhamdulillah, saya berpeluang bertemu serta menyantuni jentera dan penyokong-penyokong Barisan Nasional di Batu Kikir. Terima kasih saya ucapkan atas komitmen dan pengorbanan yang dicurahkan sepanjang kempen ini. Kalianlah nadi kepada kekuatan perjuangan kita.

Teruskan melangkah dengan penuh disiplin, rapatkan saf dan bekerjalah sebagai satu pasukan. Apabila kita bersatu hati, mengutamakan khidmat kepada rakyat dan meletakkan kepentingan negeri sebagai keutamaan, insya-Allah sokongan rakyat akan terus bersama kita.

Ayuh kita bersama-sama hebatkan semula Negeri Sembilan!

#PRNNegeriSembilan
#BNNegeriSembilan
#HebatkanSemulaNegeriSembilan

📱FB: https://www.facebook.com/share/1DKcxY3WgZ/?mibextid=wwXIfr

📱IG: https://www.instagram.com/p/DbcGjosEr1i/?img_index=6&igsh=OWZjOWx3ZGw4dGU5

📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2083004448314720270?s=46

📱Threads: https://www.threads.com/share/BAZsyzOSFM/

📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31

📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐊𝐞𝐥𝐮𝐚𝐫 𝐀𝐰𝐚𝐥 𝐓𝐮𝐧𝐚𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐧𝐠𝐠𝐮𝐧𝐠𝐣𝐚𝐰𝐚𝐛

Esok merupakan hari yang cukup penting buat seluruh rakyat Negeri Sembilan. Inilah masanya untuk kita bersama-sama menunaikan tanggungjawab sebagai warganegara dan menentukan hala tuju negeri yang dicintai ini.

Berdasarkan ramalan cuaca yang dikeluarkan oleh MET Malaysia, kebanyakan kawasan dijangka cerah pada sebelah pagi manakala hujan dan ribut petir berkemungkinan berlaku di beberapa kawasan pada sebelah petang.

Justeru, saya mengajak seluruh pengundi Negeri Sembilan supaya keluar mengundi lebih awal. Rancang perjalanan dengan sebaik-baiknya, patuhi segala arahan petugas pilihan raya dan utamakan keselamatan sepanjang berada di pusat mengundi.

Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan kita, mengurniakan cuaca yang baik serta memberkati setiap langkah dalam kita menunaikan amanah kepada negeri yang kita sayangi.

Sumber: Malaysian Meteorological Department

#PRNNegeriSembilan2026
#HebatkanSemulaNegeriSembilan

📱FB: https://www.facebook.com/share/18aYUUaDDq/?mibextid=wwXIfr

📱IG: https://www.instagram.com/p/DbcMb5vyUhP/?igsh=MWc1Yzdmd3p4MGQ1bw==

📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2083017477236404268?s=46

📱Threads: https://www.threads.com/share/_lhO1Nlm4/

📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31

📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐃𝐢𝐫𝐠𝐚𝐡𝐚𝐲𝐮 𝐓𝐮𝐚𝐧𝐤𝐮!

Merafak sembah dan setinggi-tinggi tahniah ke sisi Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-67 pada 31 Julai 2026 bersamaan 16 Safar 1448H.

Patik berdoa ke hadrat Allah SWT semoga Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku sentiasa berada dalam limpah rahmat dan peliharaan-Nya, dikurniakan kesihatan yang berpanjangan serta terus bersemayam dengan penuh kebesaran demi kesejahteraan dan kemakmuran Negeri Pahang Darul Makmur.

Daulat Tuanku!

📱FB: https://www.facebook.com/share/1LbHjxtpwS/?mibextid=wwXIfr

📱IG: https://www.instagram.com/p/DbcTKDCyjm3/?igsh=amx4M3Z4YzBwZnZk

📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2083032504320319952?s=46

📱Threads: https://www.threads.com/share/_vTIjMm8q/

📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31

📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐌𝐞𝐧𝐜𝐚𝐫𝐢 𝐒𝐞𝐛𝐚𝐢𝐤-𝐁𝐚𝐢𝐤 𝐀𝐦𝐚𝐥𝐚𝐧

Allah SWT mengingatkan bahawa hidup dan mati adalah satu ujian untuk menilai siapa yang paling baik amalannya.

Semoga kita terus memanfaatkan setiap nikmat dan kesempatan yang dikurniakan dengan memperbanyakkan amal kebajikan, melaksanakan amanah dengan penuh keikhlasan serta sentiasa mendekatkan diri kepada-Nya.

#RisalahJumaat

📱Tiktok:
https://vt.tiktok.com/ZS462KE1h/

📱FB:
https://fb.watch/IHVIQp62Vj/?mibextid=wwXIfr

📱IG:
https://www.instagram.com/reel/Dbcd-cZysHZ/?igsh=OWthdHgxb2d2N3Nq

📱X:
https://x.com/drzahidhamidi/status/2083056291480780854?s=46

📱Threads:
https://www.threads.com/share/BAm0WKRkcl/

📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31

📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐏𝐚𝐡𝐥𝐚𝐰𝐚𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟔

Keamanan yang kita nikmati hari ini tidak hadir dengan sendirinya. Di sebalik kibaran megah Jalur Gemilang.. ada pengorbanan dan kesetiaan insan-insan yang sanggup mempertaruhkan nyawa demi mempertahankan tanah air tercinta.

Sempena sambutan Hari Pahlawan yang diraikan pada hari ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga pasukan keselamatan Malaysia yang terus berkhidmat dengan penuh keberanian dan semangat patriotisme. Kalianlah benteng kedaulatan negara yang sentiasa teguh mempertahankan keamanan dan kesejahteraan rakyat.

Sebagai insan yang pernah diberi amanah menerajui Kementerian Pertahanan, saya amat memahami bahawa di sebalik setiap uniform yang dipakai, tersimpan seribu satu pengorbanan yang tidak terlihat. Ada keluarga yang menunggu kepulangan, ada masa yang dikorbankan dan ada tanggungjawab besar yang digalas demi memastikan Malaysia terus aman dan berdaulat.

Al-Fatihah buat para pahlawan yang telah pergi mendahului kita. Pengorbanan mereka tidak pernah luput ditelan zaman, malah akan terus hidup dalam ingatan dan menjadi sumber inspirasi kepada generasi yang akan datang.

Terima kasih, wira-wira negara.

#HariPahlawan2026

📱FB: https://www.facebook.com/share/1DEhSoHCeo/?mibextid=wwXIfr

📱IG: https://www.instagram.com/p/Dbcz5m6yZXH/?igsh=ODYwYjV0c200eGlv

📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2083104246585782529?s=46

📱Threads: https://www.threads.com/share/_l3srsEip/

📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31

📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐌𝐚𝐬𝐲𝐚𝐫𝐚𝐤𝐚𝐭 𝐃𝐔𝐍 𝐂𝐡𝐮𝐚𝐡, 𝐌𝐞𝐦𝐛𝐢𝐧𝐚 𝐊𝐞𝐲𝐚𝐤𝐢𝐧𝐚𝐧 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐃𝐞𝐩𝐚𝐧

Dalam siri kempen PRN Negeri Sembilan kali ini, saya turut berkesempatan bersama masyarakat di Kg. India, Bukit Pelandok bagi memberikan sokongan kepada calon Barisan Nasional di DUN Chuah, saudara Ah Pau di samping membantu kempen sahabat saya, Dato’ Mohd Faizal Ramli di DUN Linggi. Bersama Acu di DUN Sri Tanjung, mereka bertiga membawa aspirasi Barisan Nasional untuk rakyat di Parlimen Port Dickson.

Saya cukup teruja melihat kehadiran masyarakat yang datang daripada pelbagai latar belakang memenuhi majlis ini. Inilah kekuatan yang sentiasa menjadi pegangan Barisan Nasional sejak dahulu, di mana kita berdiri bersama sebagai satu pasukan yang membawa aspirasi seluruh rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

Saya yakin.. Ah Pau mempunyai kesungguhan untuk berkhidmat kepada masyarakat Chuah. Begitu juga Dato’ Mohd Faizal Ramli di Linggi dan Acu di Sri Tanjung. Insya-Allah, dengan sokongan rakyat Negeri Sembilan, mereka bertiga akan terus membawa pembangunan, menjaga kebajikan dan membuka lebih banyak peluang untuk masyarakat di Port Dickson ini.

Insya-Allah, bersama kita hebatkan semula Negeri Sembilan!

#PRNNegeriSembilan2026
#BarisanNasional
#GelombangBiru
#HebatkanSemulaNegeriSembilan

📱FB: https://www.facebook.com/share/19PwtP2eYu/?mibextid=wwXIfr

📱IG: https://www.instagram.com/p/Dbc_-mCkj9B/?img_index=7&igsh=MW9qNGxiaXpvN3ZkOA==

📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2083131392008020252?s=46

📱Threads: https://www.threads.com/share/BAWctUeSn0/

📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31

📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐏𝐨𝐭𝐞𝐧𝐬𝐢 𝐁𝐞𝐬𝐚𝐫, 𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐃𝐞𝐩𝐚𝐧 𝐋𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐂𝐞𝐫𝐚𝐡

Negeri Sembilan mempunyai potensi yang besar untuk terus melangkah ke hadapan.

Dengan kepimpinan yang berwawasan, pentadbiran yang berkesan dan sokongan rakyat, saya yakin lebih banyak peluang pembangunan, pelaburan serta pekerjaan dapat diwujudkan.

#TVET #JomPilihTVET
#NegeriSembilan
#HebatkanSemulaNegeriSembilan

📱Tiktok:
https://vt.tiktok.com/ZS4M83by9/

📱IG:
https://www.instagram.com/reel/DbdD4w1ypwo/?igsh=aGhwNmh3ZGhyeWFx

📱FB:
https://www.instagram.com/reel/DbdD4w1ypwo/?igsh=aGhwNmh3ZGhyeWFx

📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31

📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐎𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐀𝐬𝐥𝐢, 𝐇𝐞𝐛𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐦𝐮𝐥𝐚 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐒𝐞𝐦𝐛𝐢𝐥𝐚𝐧

Berbaki kurang beberapa jam sahaja lagi sebelum tempoh berkempen berakhir, saya sempat meluangkan masa menyantuni masyarakat Orang Asli di Kampung Batu Peti, DUN Jeram Padang.

Komuniti Orang Asli sentiasa dekat di hati saya. Sebab itu, setiap kali bertemu mereka, saya mahu mendengar sendiri hasrat dan keperluan mereka agar setiap usaha yang kita laksanakan benar-benar memberi manfaat kepada komuniti ini.

Insya-Allah, komitmen kita untuk menjaga kebajikan masyarakat Orang Asli akan terus diperkasa. Saya mahu lebih ramai anak-anak Orang Asli melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi, di samping memastikan pembangunan yang dirancang benar-benar sampai dan memberi manfaat kepada komuniti ini.

Perjuangan ini adalah untuk semua. Insya-Allah, bersama masyarakat Orang Asli dan seluruh rakyat Negeri Sembilan, kita akan bina sebuah negeri yang lebih stabil, lebih maju dan lebih makmur. Bersama kita hebatkan semula Negeri Sembilan!

#PRNNegeriSembilan2026
#OrangAsli #JeramPadang
#HebatkanSemulaNegeriSembilan

📱FB: https://www.facebook.com/share/1GL3kyj1k4/?mibextid=wwXIfr

📱IG: https://www.instagram.com/p/DbdbcGHEpXE/?img_index=10&igsh=MWJqdWZ2Mnp0ejJ6bQ==

📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2083192070592954593?s=46

📱Threads: https://www.threads.com/share/BAvFdQB2-C/

📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31

📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐆𝐞𝐥𝐨𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠 𝐁𝐢𝐫𝐮 𝐌𝐞𝐧𝐮𝐣𝐮 𝐊𝐞𝐦𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧

Ada saat dalam perjuangan politik yang tidak perlu diterjemahkan dengan kata-kata. Cukup melihat lautan manusia yang hadir dan semangat yang dibawa bersama kibaran bendera yang memenuhi setiap ruang. Itulah yang saya rasakan ketika menutup siri kempen saya di Dewan Terbuka Kampung Taman Jaya, Bahau petang tadi.

Alhamdulillah, saya melihat sendiri gelombang biru yang cukup luar biasa. Masyarakat daripada pelbagai latar belakang, anak-anak muda serta keluarga hadir bersama dengan satu semangat dan keyakinan terhadap Barisan Nasional.

Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang meluangkan masa untuk bersama-sama mengakhiri kempen ini bersama saya petang tadi.

Sepanjang tempoh berkempen, kita telah turun padang bertemu rakyat, mendengar denyut nadi mereka dan membawa tawaran yang berpaksikan kestabilan, pembangunan serta masa depan Negeri Sembilan.

Kini, segala ikhtiar telah kita laksanakan. Segala penjelasan telah kita sampaikan. Selebihnya saya serahkan kepada kebijaksanaan rakyat untuk membuat pilihan.

Jika benar gelombang biru yang saya saksikan petang tadi lahir daripada hati rakyat, maka saya berharap ia akan diterjemahkan di setiap saluran mengundi esok.

Saya merayu kepada seluruh pengundi Negeri Sembilan agar memberikan sokongan dan mandat kepada Barisan Nasional supaya kita dapat membina sebuah negeri yang lebih stabil, lebih maju dan lebih makmur.

Esok adalah hari menentukan arah masa depan Negeri Sembilan untuk lima tahun akan datang. Ayuh, bersama-sama kita Hebatkan Semula Negeri Sembilan!

#PRNNegeriSembilan2026
#GelombangBiru
#BarisanNasional
#HebatkanSemulaNegeriSembilan

📱FB: https://www.facebook.com/share/1MWE6TKPti/?mibextid=wwXIfr

📱IG: https://www.instagram.com/p/DbdiT1xkhRL/?img_index=3&igsh=NGVhbjdldndwaXQz

📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2083206153958551623?s=46

📱Threads: https://www.threads.com/share/_mNTTjNT1/

📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31

📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
Faiza ‘azamta fatawakkal ‘alAllah

فَإِذَا عَزَمۡتَ فَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱللَّهِ‌ۚ

"Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah.”

💙💙

📱FB: https://www.facebook.com/share/1C4qkq9wkD/?mibextid=wwXIfr

📱Threads: https://www.threads.com/share/BAQ5Yi-2s9/

📱IG Story: https://www.instagram.com/stories/ahmadzahidhamidi/3953483737681379916?utm_source=ig_story_item_share&igsh=ODN0OXd2czhybXVj
𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐔𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐊𝐞-𝟑𝟏 𝐏𝐚𝐬𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐒𝐌𝐀𝐑𝐓

Dalam kejadian bencana, setiap detik mencari dan menyelamat dihitung demi menyelamatkan nyawa. Di sebalik setiap misi yang berjaya, terserlah keberanian, kesungguhan dan pengorbanan anggota yang sentiasa meletakkan keselamatan mangsa mengatasi kepentingan diri. Itulah nilai yang menjadi teras kekuatan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) sejak penubuhannya.

Sempena ulang tahun SMART ke-31 pada hari ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada seluruh warga SMART atas komitmen, profesionalisme serta dedikasi yang tidak pernah luntur dalam melaksanakan amanah sama ada di dalam mahupun di luar negara. SMART terus membuktikan keupayaan Malaysia sebagai sebuah pasukan mencari dan menyelamat bertaraf dunia.

Sebagai Pengerusi Majlis Pengurusan Bencana Negara, saya amat menghargai peranan SMART sebagai antara tonggak utama dalam memperkukuh kesiapsiagaan negara menghadapi sebarang bencana. Kecekapan, disiplin dan semangat berpasukan yang ditunjukkan bukan sahaja meningkatkan keyakinan rakyat, malah menjadi kebanggaan negara dalam menghulurkan bantuan kemanusiaan dan bencana di arena antarabangsa.

Saya turut mendoakan agar SMART terus melakar kejayaan, termasuk memperoleh pensijilan semula INSARAG External Reclassification (IER) sebagai Pasukan Heavy Urban Search and Rescue (Heavy USAR) Team, sekali gus memperkukuh pengiktirafan antarabangsa dan mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.

Terima kasih atas segala jasa, pengorbanan dan khidmat bakti yang dicurahkan. Selamat menyambut ulang tahun ke-31 Pasukan SMART.

#SMART #NADMA
#PengurusanBencana

📱FB: https://www.facebook.com/share/19LthxFxX6/?mibextid=wwXIfr

📱IG: https://www.instagram.com/p/DbetUosyqvL/?igsh=MWtvaWRxeHdsYnppcw==

📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2083372251517419635?s=46

📱Threads: https://www.threads.com/share/_f6uJfpUI/

📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31

📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
وَمَا تَوْفِيقِي إِلَّا بِاللَّهِ

Wa mā tawfīqī illā billāh.

“Dan tiadalah kejayaanku melainkan dengan pertolongan Allah.”

Syukur Alhamdulillah.

Terima kasih rakyat Negeri Sembilan atas kepercayaan yang diberikan. Amanah ini akan kami laksanakan dengan penuh rasa tanggungjawab.

💙💙

#BarisanNasional
#HebatkanSemulaNegeriSembilan

📱FB: https://www.facebook.com/share/1EutY11S1t/?mibextid=wwXIfr

📱IG: https://www.instagram.com/p/Dbf_LJXyQSl/?igsh=MWxhZjE3OXgyMmN5cQ==

📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2083551144060522613?s=46

📱Threads: https://www.threads.com/share/BAe5thFd9Z/

📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31

📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
3
Malam ini, sejurus berakhirnya proses pengiraan undi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, saya telah dititah menghadap Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, di Istana Hinggap, Seremban.

Dalam sesi menghadap tersebut, saya telah mempersembahkan kepada Tuanku hasil keputusan pilihan raya serta kesepakatan yang dicapai antara Barisan Nasional dan Perikatan Nasional.

Atas perkenaan Tuanku, Barisan Nasional dan Perikatan Nasional akan membentuk Kerajaan Negeri Sembilan yang baharu.

Barisan Nasional menjunjung kasih atas perkenan Tuanku dan akan melaksanakan amanah ini dengan penuh tanggungjawab, berlandaskan Perlembagaan Tubuh Kerajaan Negeri serta prinsip kestabilan, kemakmuran dan kesejahteraan seluruh rakyat Negeri Sembilan.

Barisan Nasional akan terus menjunjung tinggi, memelihara dan menghormati institusi diraja sebagai payung kedaulatan negeri, lambang perpaduan rakyat serta teras kepada sistem Raja Berperlembagaan.

Semoga Allah SWT terus melimpahkan rahmat, kebijaksanaan dan inayah-Nya kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku dalam memayungi Negeri Sembilan Darul Khusus serta seluruh rakyatnya.

Daulat Tuanku.

📱FB: https://www.facebook.com/share/1EVRPoLkMn/?mibextid=wwXIfr

📱IG: https://www.instagram.com/p/DbgUCnEkhkl/?img_index=2&igsh=MTJsNDBmOWl5cWN2dQ==

📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2083597186236088388?s=46

📱Threads: https://www.threads.com/share/BAWjmq_ru1/

📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31

📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
1
𝐓𝐚𝐡𝐧𝐢𝐚𝐡 𝐘𝐀𝐁 𝐃𝐚𝐭𝐨’ 𝐈𝐬𝐦𝐚𝐢𝐥 𝐋𝐚𝐬𝐢𝐦

Setinggi-tinggi tahniah saya ucapkan kepada YAB Dato’ Ismail Lasim atas pelantikan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan.

Kepercayaan yang diberikan merupakan satu amanah yang besar dan saya yakin ia hendaklah dipikul sebaiknya demi kesejahteraan rakyat serta kemajuan negeri.

Insya-Allah, bersama-sama kita Hebatkan Semula Negeri Sembilan.

#HebatkanSemulaNegeriSembilan

📱FB: https://www.facebook.com/share/18jhbCB33r/?mibextid=wwXIfr

📱IG: https://www.instagram.com/p/DbiIBsFyjRC/?igsh=cWU1a2dpcDJtOHdz

📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2083852945821741104?s=46

📱Threads: https://www.threads.com/share/BAYTMA56O5/

📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31

📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐏𝐞𝐧𝐝𝐢𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐀𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐛𝐮𝐫𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐫𝐛𝐚𝐢𝐤 𝐁𝐮𝐚𝐭 𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐃𝐞𝐩𝐚𝐧

Tiada kegembiraan yang lebih besar bagi saya selain melihat anak-anak Bagan Datuk terus melakar kejayaan dalam bidang pendidikan.

Hari ini, saya berbesar hati dapat bersama-sama meraikan penerima Insentif Kecemerlangan STPM 2025 Yayasan Pelajaran MARA (YPM) di Bagan Datuk.

Alhamdulillah, seramai 38 orang pelajar daripada SMK Khir Johari dan SMK Tun Abdul Razak telah menerima insentif sebagai penghargaan atas kecemerlangan mereka. Lebih membanggakan saya, tiga orang anak Bagan Datuk turut berjaya melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar dalam bidang Syariah Islamiah dan Usuluddin, selain 23 orang pelajar menerima Dana Ehsan Pendidikan YPM.

Bagi saya, kejayaan ini membuktikan bahawa anak-anak Bagan Datuk mempunyai potensi yang besar apabila diberikan peluang, bimbingan dan sokongan yang sewajarnya.

Saya sentiasa percaya bahawa pendidikan merupakan pelaburan terbaik untuk mengubah kehidupan dan membina masa depan masyarakat.

Kepada para ibu bapa, teruslah menjadi kekuatan dan pendorong kepada anak-anak dalam mengejar ilmu. Insya-Allah, saya mahu melihat lebih ramai lagi anak Bagan Datuk melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi di dalam dan luar negara, sebelum kembali menabur bakti demi kemajuan daerah yang kita cintai ini.

Tahniah saya ucapkan kepada semua penerima. Teruskanlah melakar kejayaan dan mengharumkan nama Bagan Datuk.

#YayasanPelajaranMARA
#MARA #KKDW
#BaganDatukNombor1

📱FB: https://www.facebook.com/share/1DNtMS8m1E/?mibextid=wwXIfr

📱IG: https://www.instagram.com/p/DbiNFFcErJa/?img_index=9&igsh=MWRuMmlibDFmNWE1dQ==

📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2083863218167156812?s=46

📱Threads: https://www.threads.com/share/_0GBjOiln/

📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31

📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐓𝐄𝐑𝐁𝐔𝐊𝐀 𝐓𝐀𝐈𝐖𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔: 𝐀𝐀𝐑𝐎𝐍 𝐂𝐇𝐈𝐀-𝐀𝐀𝐑𝐎𝐍 𝐓𝐀𝐈, 𝐏𝐄𝐀𝐑𝐋𝐘 𝐓𝐀𝐍-𝐌 𝐓𝐇𝐈𝐍𝐀𝐀𝐇 𝐍𝐀𝐈𝐁 𝐉𝐔𝐀𝐑𝐀

Tahniah saya ucapkan kepada beregu lelaki dan wanita negara, Aaron Chia-Aaron Tai serta Pearly Tan-M Thinaah, atas kejayaan muncul sebagai naib juara Terbuka Taiwan 2026.

Kedua-dua gandingan memberikan tentangan sengit, namun rezeki super 300 masih belum menyebelahi Malaysia.

Jangan mengalah! Pencapaian ini tetap menjadi petanda positif buat gandingan baharu negara, Chia-Tai, dan juga Pearly-Thinaah yang semakin menemui semula rentak selepas kembali beraksi susulan tempoh rehat panjang akibat kecederaan belakang yang dialami Pearly.

Teruskan melangkah dan bangkit lebih kuat!

#Naibjuara
#TerbukaTaiwan2026
#KitaSemuaTeamMAS

📱FB:
https://www.facebook.com/share/19Uckf2Qi8/?mibextid=wwXIfr

📱IG:
https://www.instagram.com/p/DbiQnTLSb54/?igsh=MWtqZ2dqZXNubmk1cw==

📱X:
https://x.com/drzahidhamidi/status/2083871063189123079?s=46

📱Threads:
https://www.threads.com/share/_ppjlnBqk/

📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31

📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐌𝐚𝐬𝐲𝐚𝐫𝐚𝐤𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐦𝐞𝐫𝐢𝐚𝐡𝐤𝐚𝐧 𝐂𝐚𝐛𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐏𝐚𝐫𝐢𝐭 𝐒𝐮𝐧𝐠𝐚𝐢 𝐁𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠

Semasa di Bagan Datuk, saya turut tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama masyarakat memeriahkan Majlis Penutup Cabaran Parit Sungai Batang 2026 di Kampung Sungai Batang, Selekoh.

Alhamdulillah, cukup seronok melihat sambutan yang diberikan. Saya difahamkan lebih 1,000 kaki pancing dari sekitar Bagan Datuk, seluruh Perak dan beberapa negeri lain hadir memeriahkan program ini.

Suasana yang meriah dengan kehadiran masyarakat daripada pelbagai latar belakang inilah yang sentiasa menghidupkan semangat kebersamaan dalam komuniti kita di sini.

Saya percaya program seperti ini mampu mengeratkan silaturahim, menghidupkan ekonomi setempat serta memperkenalkan Bagan Datuk kepada lebih ramai pengunjung. Semangat kebersamaan seperti inilah yang perlu terus kita pelihara.

Tahniah saya ucapkan kepada semua peserta dan penganjur yang telah menjayakan program ini.

Insya-Allah, saya mendoakan semoga Cabaran Parit Sungai Batang terus menjadi antara acara yang dinanti-nantikan dan menjadi kebanggaan warga Bagan Datuk.

#CabaranParitSungaiBatang
#BaganDatukNombor1

📱FB: https://www.facebook.com/share/182ZyyB9cc/?mibextid=wwXIfr

📱IG: https://www.instagram.com/p/DbiXVLZEpx6/?img_index=7&igsh=YWJuNm40cTVseXBs

📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2083885672696627369?s=46

📱Threads: https://www.threads.com/share/BACH8_NpWg/

📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31

📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
Setiap langkah diatur dengan ikhtiar..

Setiap usaha disandarkan kepada doa..

Terima kasih, Negeri Sembilan.

Semoga Allah SWT mengurniakan yang terbaik buat negeri ini dan seluruh rakyatnya. 🤲🏻💙

#GelombangBiru

📱Tiktok:
https://vt.tiktok.com/ZS4A9eo6s/

📱IG:
https://www.instagram.com/reel/Dbid20bSaSb/?igsh=MWFoNXV4N2o1dWs3Mw==

📱FB:
https://www.facebook.com/share/v/1DMGVDBTn6/?mibextid=wwXIfr

📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31

📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
👍1
𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐔𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐊𝐞-𝟐𝟓 𝐏𝐞𝐫𝐠𝐞𝐫𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐏𝐮𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐔𝐌𝐍𝐎

Alhamdulillah, genap 25 tahun Pergerakan Puteri UMNO terus mewarnai perjuangan parti dengan semangat dan keberanian yang tidak pernah luntur.

Dalam kesempatan ini, saya ingin memberikan penghargaan kepada seluruh saf kepimpinan dan ahli Puteri UMNO Malaysia yang diterajui oleh Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi.

Sepanjang kempen PRN Johor dan PRN Negeri Sembilan yang lalu, saya telah melihat sendiri kesungguhan anak-anak muda Puteri yang bekerja tanpa mengira siang dan malam.

Ada yang turun dari rumah ke rumah, menggerakkan media sosial, menyusun program dan menjadi tulang belakang jentera di setiap kawasan.

Terima kasih saya ucapkan atas segala pengorbanan yang dicurahkan.

Saya percaya Puteri UMNO akan sentiasa menjadi wajah anak muda yang dekat dengan rakyat, berani membawa idea baharu dan sentiasa bersedia memikul amanah demi parti. Semangat inilah yang perlu terus dipertahankan kerana masa depan perjuangan banyak bergantung kepada kekuatan generasi muda hari ini.

Selamat menyambut ulang tahun ke-25 Pergerakan Puteri UMNO. Teruskanlah berbakti dengan penuh keikhlasan dan teruskanlah menjadi inspirasi kepada generasi wanita muda negara.

#PuteriUMNO
#25TahunPuteriUMNO
#IniZamanKita
#PerkasaPuteriPemangkinPerubahan

📱FB: https://www.facebook.com/share/1HFLoMFLTa/?mibextid=wwXIfr

📱IG: https://www.instagram.com/p/DbkFCooylQX/?igsh=bDlrNzF6aWdjc3Ro

📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2084127275650601067?s=46

📱Threads: https://www.threads.com/share/_0-VACiwL/

📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31

📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
👍1
𝐌𝐞𝐧𝐲𝐞𝐦𝐚𝐢 𝐇𝐚𝐫𝐚𝐩𝐚𝐧

Tiada yang lebih membanggakan daripada melihat anak-anak Bagan Datuk terus melakar kejayaan. Teruskan mengejar ilmu dan menggapai cita-cita.

#YayasanPelajaranMARA
#BaganDatukNombor1

📱Tiktok:
https://vt.tiktok.com/ZS4UQ5vQK/

📱IG:
https://www.instagram.com/reel/DbkU885yV2S/?igsh=MTdvbThpbDcwM2p4aw==

📱FB:
https://www.facebook.com/share/v/18w7mXYPwv/?mibextid=wwXIfr

📱Youtube:
https://youtu.be/Hek5-UMbJrs?si=d_tgtGwSo9SCBCcI

📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31

📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
👍1