Sekolah Menengah Sains Alam Shah
862 subscribers
192 photos
6 videos
9 files
51 links
Channel rasmi untuk saluran dan maklumat terkini tentang ASiS KL
Download Telegram
Channel photo updated
Channel name was changed to «Sekolah Menengah Sains Alam Shah»
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته،

Channel ini diwujudkan untuk menyampaikan maklumat terus daripada pihak Sekolah Menengah Sains Alam Shah.

Mohon terutamanya ibu bapa dan penjaga serta orang awam untuk menyertai channel telegram rasmi Sekolah Menengah Sains Alam Shah ini, bagi mendapatkan sebarang info serta perkembangan terkini aktiviti sekolah.

Segala kerjasama didahului dengan ucapan terima kasih.

Pautan Channel Telegram rasmi SEKOLAH MENENGAH SAINS ALAM SHAH :-

https://t.me/ASiSKL
Sekolah Menengah Sains Alam Shah pinned «السلام عليكم ورحمة الله وبركاته، Channel ini diwujudkan untuk menyampaikan maklumat terus daripada pihak Sekolah Menengah Sains Alam Shah. Mohon terutamanya ibu bapa dan penjaga serta orang awam untuk menyertai channel telegram rasmi Sekolah Menengah Sains…»
Makluman kepada ibu bapa / penjaga :

Sempena cuti sekolah pertengahan penggal pertama yang bermula pada 23 Mac 2019 hingga 31 Mac 2019 pihak sekolah ada menyediakan tugasan untuk setiap murid sebagai latihan pengukuhan.

Hasil tugasan akan dihantar pada hari Isnin (1 April 2019). Mohon kerjasama ibu bapa serta penjaga untuk memantau tugasan cuti sekolah anak-anak kita agar dapat disiapkan dan ditandatangani.

Kerjasama pihak tuan/puan, kami dahului dengan jutaan terima kasih.

ROSNI BINTI MANAP
Penolong Kanan Akademik/Pentadbiran
SM Sains Alam Shah
Makluman kepada Ibu bapa /penjaga :

Pihak sekolah di dalam proses untuk memperkasakan Badan Beruniform sekolah dan amat berharap ibu bapa / penjaga dapat menyokong usaha ini dengan memastikan anak-anak mempunyai baju uniform lengkap untuk dipakai pada setiap hari Rabu mulai 3 April 2019.
Sila rujuk surat yang dilampirkan.

Kerjasama pihak tuan/ puan, kami dahului dengan jutaan terima kasih.

RIHAYA BINTI ABU KASIM
Penolong Kanan Kokurikulum
SM Sains Alam Shah
Rancang perjalanan lebih awal hari ini supaya tidak terjebak dengan kesesakan di lebuh raya. Berhati-hati dalam perjalanan.

Tahniah kepada ibu bapa dan penjaga yang membantu memantau tugasan sekolah anak-anak dan mendisiplinkan mereka agar sentiasa mematuhi Etika Pakaian Keluar Masuk Kawasan Sekolah ketika pulang ke asrama nanti.

Semoga semuanya selamat sampai ke asrama sebelum jam 6.00 petang.

Hati-hati semua. 😊
https://instagram.com/p/BvoLfu1hhNc/

Assalamualaikum and Hi!

We are participating in the Anugerah Meletop Era contest and please support us to win! Please like and share our video and ask your family and friends to do so as well.

Use the link and press the love button!Every like and share counts!
Thank you 🌹

#CaklempongASiSDiPentasDunia
Untuk makluman ibu bapa /penjaga sekalian, SM Sains Alam Shah akan mengadakan sukan spt butiran berikut:

Tarikh : 20 / 4 / 2019 : (Sabtu)
Tempat: Padang sekolah
Jam : 8.00 pg

Pelajar dibenarkan pulang bermalam bersama ibu bapa/ penjaga mulai jam 12 tghari pada hari tersebut.

Pelajar perlu kembali ke sekolah pada 21.4.2019 sebelum pukul 6 petang.

Harap maklum.
SOAL SELIDIK KAJIAN PENILAIAN PROGRAM BAHASA ANTARABANGSA DI SEKOLAH MENENGAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA.

Mohon jasa baik murid-murid bahasa Antarabangsa menjawab soal selidik seperti capaian laman sesawang yang berikut :-.

URL Murid - http://bit.ly/muridba2019

Murid hendaklah menjawab selewat-lewatnya sebelum 22 April 2019.

TOKEN PELAJAR diisi mengikut kelas bahasa antarabangsa:

AR - Bahasa Arab
BC - Bahasa Cina
JP - Bahasa Jepun
KR - Bahasa Korea
JR - Bahasa Jerman

Selamat Menjawab!

TERIMA KASIH.
MAKLUMAN || Tarikh Pulang Bermalam sempena Kejohanan Bola Keranjang SBP (Kebangsaan) 2019 untuk Murid Tingkatan 1, 2 dan 4.
JADUAL PPT ASiS 2019.pdf
290.5 KB
JADUAL PPT ASiS 2019
📣📢📣 ~MAKLUMAN~ 📣📢📣

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2019
(7 Mei 2019 - 17 Mei 2019)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Tuhan Yang Maha Esa..

Kau lapangkanlah dada anak-anak murid ASiS, untuk menggunakan segala ilmu yang telah diajar oleh guru-guru kepada mereka. Kau permudahkanlah urusan mereka. Kau kurniakanlah kepada mereka keputusan yang cemerlang sebagai bekalan di dunia dan di akhirat, insya-Allah.

آمِيّنْ آمِيّنْ آمِيّنْ يَا رَبَّ العَـــالَمِيْن...

#MenzahirkanPemimpinBertarafDunia
بسم الله الرحمن الرحيم.
السلام عليكم ورحمةالله وبركاته.


Sukacita dimaklumkan ASiS akan mengadakan program-program seperti majlis Iftar, tahlil untuk arwah dan moreh bersempena bulan ramadan. Ini bertujuan untuk mengimarahkan lagi bulan yang mulia ini, disamping dapat memupuk kecintaan terhadap bulan ramadan dalam kalangan pelajar-pelajar dan seluruh warga ASiS.

Disertakan surat memohon sumbangan untuk program-program sempena bulan ramadan ini sebagai perhatian dan tindakan tuan/puan.

Semoga semua urusan kita sentiasa dipermudahkan dan selalu dalam rahmat-Nya, insya-Allah.

#MenzahirkanPemimpinBertarafDunia
Surat Mohon Sumbangan sempena Bulan Ramadan 2019.pdf
354.5 KB
Surat Mohon Sumbangan sempena Bulan Ramadan 2019
Sempena hari-hari terakhir di bulan ramadan ini, kami seluruh warga pendidik ASiS ingin memohon jutaan kemaafan andai ada khilaf laku dan kata.

Kami juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua staf sokongan, mantan guru-guru ASiS, murid-murid, bekas murid-murid ASiS (OASiS), semua ibu bapa dan penjaga, juga kepada seluruh muslimin dan muslimat.

Bulan Ramadan bulan mulia,
Disambut dengan hati gembira,
Kini syawal bakal menjelma,
Tangan dihulur maaf dipinta.

تقبل الله منا ومنكم
“Taqabbalallahu minna wa minkum”

Ertinya : Semoga Allah menerima amalan (amalan dan ibadah dalam bulan Ramadan) kami dan kamu semua”.

Moga kita bersama menggapai barakah pada malam-malam akhir ramadan dan rasai kemeriahan syawal nanti insya-Allah.

Berhati-hati di jalanraya. Semoga sentiasa ceria di Hari Raya.

SALAM AIDILFITRI 2019
Maaf Zahir dan Batin