Aset Digital 4.0
6.67K subscribers
591 photos
66 videos
207 links
Channel ini ditubuhkan untuk memberi panduan mengenai perkembangan aset digital iaitu kripto.


https://t.me/ASTDGT4
Download Telegram
Aset Digital 4.0
Voice message
Kondisi Terkini Pasar Kripto + Konflik Rusia vs Ukraine = Respons Pasaran Kripto

Wajib Dengar🔥🔥🔥🔥🔥🔥

Part 2 - sesi LIVE
Para pemimpin bagi anggota G7 telah mengeluarkan kenyataan bersama yang menyatakan bahawa mereka "akan memastikan bahawa negara Rusia dan golongan elit, proksi dan oligarki tidak dapat memanfaatkan aset digital sebagai cara untuk mengelak atau mengimbangi kesan sekatan antarabangsa yang dikenakan ke atas mereka”.

Jabatan Perbendaharaan AS pula akan memantau dengan teliti sebarang usaha untuk memintas atau melanggar sekatan berkaitan Rusia, termasuk melalui penggunaan aset digital/ kripto.

Admin melihat bahawa keadaan ini akan menyebabkan permintaan terhadap segmen “privacy coin/token” akan meningkat semula. Mungkin Monero atau Zcash?

Seperti mana nasib yang tertimpa pemilik utama Chelsea oleh kerajaan UK, maka para hartawan dan oligarki Rusia di Eropah perlu bertindak segela yakni dengan selamatkan aset-aset mereka menerusi kripto. 🙂
Kripto wajar dilihat pada waktu ini dan bakal meletus pada hujung tahun ini atau pertengahan tahun hadapan?

15 kripto di atas telah saya bedah dengan teliti fundamentalnya. Namun, terdapat salah seorang peserta NIP telah melihat potensi kripto tersebut pada waktu ini.

Pasaran sekarang mencerminkan susut nilai yang konsisten bagi pasar kripro secara keseluruhannya. Namun, apabila berakhirnya fasa susut nilai ini, kripto apakah yang bakal meluncur dahulu? Saya kira, 15 kripto ini antara yang perlu dilihat dan diambil perhatian setelah pasar keseluruhan kembali memulih. Tahniah kerana terus mengkaji potensi sesuatu kripto tidak kira sama ada ketika pasar sedang pulih atau susut.

Kaji fundamental sesuatu kripto ibarat meneliti kebolehpasaran dan kelestarian keupayaan model perniagaan sesuatu syarikat dalam pasaran saham. Bezanya adalah ekosistem teknologi (kripto) vs keupayaan pasaran perniagaan (saham).

DYOR 👍🏻
Posisi + strategi dalam kripto👍🏻👍🏻👍🏻

Kita berhak menentukan portfolio yang terbaik untuk pegangan kripto kita setelah meneliti dengan jelas kekuatan fundamentals kripto, news dan graf dalam dunia kripto.
Tergesa-Gesa untuk melabur🔥 KWSP - RM10k ?
Aset Digital 4.0
Tergesa-Gesa untuk melabur🔥 KWSP - RM10k ?
Pandangan Peribadi Admin: KWSP 10k

Manakah tempat yang sesuai untuk disimpan dana RM10k (KWSP) itu jika anda memilih untuk mencari instrumen pelaburan yang baru? Jawapan saya:

1. ASB
2. TH
3. Terus kekal di KWSP

Ketiga-tiga instrumen di atas adalah rendah risiko dan mudah diuruskan dengan baik.

Mengapa admin tidak mengesyorkan kripto? Pelabur perlu ingat bahawa kripto ini adalah instrumen pelaburan yang tinggi risiko. Asas paling penting dalam dunia pelaburan khususnya bagi peruntukan pelaburan ialah “dana pelaburan” mestilah terdiri daripada duit lebihan, bukannya duit “kecemasan” atau “duit cukup-cukup makan” terutamanya bagi pelaburan jenis berisiko tinggi.

Duit kecemasan atau duit cukup-cukup makan ini merupakan duit yang akan kita gunakan pada waktu singkat, terdesak dan keadaan luar jangka. Maka, isu kecairan mestilah diberi keutamaan buat para pelabur yang ingin memindahkan dana KWSP (RM10k) masing-masing.

Kripto pula merupakan pelaburan yang memiliki ketidaktentuan pasaran yang tinggi. Meskipun pada ketika ini pasaran sedang susut (masa sesuai untuk menambah unit), tindakan untuk membeli unit-unit kripto secara membuta tuli atau sesuka hati (tanpa pengkajian FA, TA dan AN) adalah tindakan yang tidak wajar.

Pemilikan dan pembelian unit-unit kripto tertentu memerlukan pengkajian yang mendalam dan menyeluruh terhadap prospek dan hala tuju bagi sesuatu ekosistem kripto, di samping para pelabur sendiri mempunyai kepelbagaian instrumen pelaburan yang jelas terhadap matlamat pelaburannya.

Paling penting, jangan terburu-buru atau tergesa-gesa untuk melabur, kajilah dahulu setiap instrumen pelaburan yang anda pilih. Setiap instrumen pelaburan, ada pro & kontranya.
Tadi saya adakan sesi Google Meet bersama salah seorang peserta KPC. Saya bedah dan kupas tentang graf ETH. Semasa ETH berada pada harga RM12500, saya buat lukisan dan jangkakan ETH akan menyentuh RM12900 seunit. Selang 5 miniti selepas itu, tiba-tiba palang/ batang hijau pun muncul. ETH telah menyentuh RM12900, kemudian RM12960 pada ketika ini. InsyaAllah, video ringkas tersebut saya akan kongsikan nanti😁.

Cuma, ramai yang tanya tentang hala tuju pasaran kripto pada ketika ini. Seperti yang saya kongsikan, bulan April ini adalah bulan terpenting untuk pengembangan ekosistem ETH 2.0💪🏻💪🏻💪🏻

ETH berpotensi untuk baik secara konsisten. The father of smart contract adalah ETH🔥🔥🔥✊🏻
CRONOS (CRO) adalah penaja utama Piala Dunia 2022. Melangkah jauh dengan “mainstream”. Tahniah Crypto.com atau Cronos💪🏻💪🏻💪🏻💪🏻. Cronos ialah rebranding bagi jenama Crypto.com.
Aset Digital 4.0
Tadi saya adakan sesi Google Meet bersama salah seorang peserta KPC. Saya bedah dan kupas tentang graf ETH. Semasa ETH berada pada harga RM12500, saya buat lukisan dan jangkakan ETH akan menyentuh RM12900 seunit. Selang 5 miniti selepas itu, tiba-tiba palang/…
Perkembangan Ethereum 2.0 (Lapisan Konsensus) hampir siap tidak lama lagi.
Maka, akan semakin banyak perniagaan dan institusi yang akan menggunakan platform dan ekosistem Ethereum.

Peralihan ETH daripada Proof-of-Work (PoW) kepada Proof-of-Stake (PoS) secara menyeluruh akan berlaku tidak lama lagi🔥🔥🔥🔥
Aset Digital 4.0
Voice message
Kondisi terkini pasaran kripto: fake bullish/ uptrend? 🔥🔥🔥

Wajib dengar🌊
Kebelakangan ini admin masih lagi kesibukan waktu & tidak sempat mengadakan sesi LIVE, namun admin masih lagi boleh menggunakan fitur “voice” untuk memberikan pandangan tentang hal semasa bagi dunia aset digital. Nak admin voice tentang apa? 😎
Anonymous Poll
24%
Cardano masih relevan atau tidak?
29%
Dua projek kripto terbaik ketika ini
38%
Masa depan BNB & XRP
9%
Kripto vs Emas vs Minyak
Aset Digital 4.0
Voice message
WAJIB DENGAR🔥🔥

Perkembangan BNB + XRP
Aset Digital 4.0
Satu praktis dan pergerakan yang menarik apabila dominasi BTC mengambil alih, kebanyakan altcoin akan susut tetapi satu sahaja altcoin ini akan melawan arus iaitu WAVES. Peristiwa ini juga berlaku pada 4 bulan yang lepas apabila hal yang sama terhadi kepada…
Adakah #WAVES bagus dan padu fundamentalnya? Cuba lihat kupasan saya di Facebook tentang #WAVES ini. Pengembangan ekosistemnya yang konsisten mencerminkan permintaan yang baik terhadap kriptonya pada ketika ini. Kenaikan yang terlalu signifikan buat #WAVES🔥

Hasil HODL #WAVES + #EGG memang menarik pada ketika ini. Tahniah para investder💎✊🏻
Ziliqa - done 🚀

Enjin ? Bersedia untuk 💣
Kripto segmen “Storage” yang wajar dipantau pada bulan April🔥🔥:

- FIL
- HOLO
- AR
- MAID
Tepat jam 9 malam ini akan diadakan sesi edukasi percuma tentang NFT. Program ini dikenali sebagai “NFT Creator”. Program ini dikendalikan oleh artis NFT DTK iaitu Tuan Shawn. Tuan Shawn merupakan artis NFT yang berpegalaman jauh dalam dunia Animasi, Digital Arts dan NFT. Beliau sudah bekecimpung dalam dunia Digital Arts selama 8 tahun🦾✊🏻💪🏻.

Ikuti sesi bermakna ini di sini:

https://discord.gg/5x2vNuMt

#NFTCreator
#Kripto
Bagaimana dengan pengembangan ekosistem Cardano sekarang? Saah satunya kita boleh lihat menerusi pengembangan dalam segmen Metaverse. Cardano kini telah mengembangkan salah satu ekosistemnya dalam segmen Metaverse menerusi projek Cardano Village. Projek ini kekal sebagai satu-satunya projek metaverse yang telah disebut oleh Charles Hoskinson sebagai “berpotensi besar”. Penerokaan segmen Metaverse oleh pasukan Cardano adalah satu tindakan yang signifikan seiring dengan tumpuan para pengguna terhadap dunia “Digital Arts”.💪🏻💪🏻💪🏻💪🏻👍🏻👍🏻👍🏻
👍1
LIVE KILAT⚡️

Malam ini jika tidak ada aral melintang, admin bercadang untuk adakan sesi LIVE ⚡️ di Facebook Idris Alyahya II jam 9.30 malam. Sesi perkongsian santai tentang perkembangan terkini dunia kripto. Ready atau belum ready? 😎
Anonymous Poll
76%
Ready
24%
Belum Ready
Aset Digital 4.0
LIVE KILAT⚡️

Malam ini jika tidak ada aral melintang, admin bercadang untuk adakan sesi LIVE ⚡️ di Facebook Idris Alyahya II jam 9.30 malam. Sesi perkongsian santai tentang perkembangan terkini dunia kripto. Ready atau belum ready? 😎
Bagi yang terlepas sesi perkongsian semalam, boleh dengar di sini. InsyaAllah bermanfaat💪🏻💪🏻

https://www.facebook.com/idris.firnuzula/videos/1379523695818628/?d=n

Saya menyentuh tentang:
- Avalance, Terra Luna, ThorChain, Ethereum, Ethereum Classic, Enjin, Dominasi Bitcoin

⚡️⚡️