Aset Digital 4.0
6.66K subscribers
591 photos
66 videos
207 links
Channel ini ditubuhkan untuk memberi panduan mengenai perkembangan aset digital iaitu kripto.


https://t.me/ASTDGT4
Download Telegram
Aset Digital 4.0
Putin dan Kripto๐Ÿ”ฅ
Institusi kewangan di Rusia tidak menunjukkan prestasi yang baik sepanjang minggu lalu berikutan sekatan ekonomi yang telah dikenakan ke atas negara itu oleh AS dan negara Eropah (anggota Nato). Salah satu tamparan besar kepada ekonomi Rusia ialah penyingkiran bank Rusia daripada sistem SWIFT. Walau bagaimanapun, Bank of Russia kini sedang mengusahakan alternatif untuk sistem SWIFT bagi membolehkan bank Rusia pulih daripada kesan pengecualian tersebut. Alternatif kepada sistem SWIFT juga akan membolehkan bank Rusia mengakses rangkaian pembayaran antarabangsa. Adakah bank Rusia akan menggunakan SBFS yang kurang kompeten dan efisen berbanding SWIFT? Atauโ€ฆ.. Rusia perlu melihat blockchain menerusi kripto yang menawarkan perkhidmatan hyper-ledger sebagai alternatif untuk kecairan dan transaksi bagi menggantikan SWIFT? Bunyi seperti mustahil. Tetapi tidak terlalu berat untuk mengerjakannya kerana CBDC pun beralih kepada akses blockchain untuk tingkatkan sistem kewangan yang tersedia. Isunya, centralisasi vs desentralisasi. Sejauh manakah Rusia perlu adoptasi kelebihan tersebut pada ketika ini. Jika Rusia didesak dan terdesak selepas sekatan ekonomi dikenakan, tidak mustahil hyper-ledger akan mengambil alih fungsi penghantaran kewangan antarabangsa di Rusia๐Ÿ‘๐Ÿป๐Ÿ‘๐Ÿป๐Ÿ‘๐Ÿป.

Jika ada kesempatan waktu, saya akan ulas isu ini secara โ€œvoiceโ€. InsyaAllah๐Ÿ’ช๐Ÿป

#BeritaAsetDigital4.0
Aset Digital 4.0
Voice message
Kondisi Terkini Pasar Kripto + Konflik Rusia vs Ukraine = Respons Pasaran Kripto

Wajib Dengar๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ

Part 2 - sesi LIVE
Para pemimpin bagi anggota G7 telah mengeluarkan kenyataan bersama yang menyatakan bahawa mereka "akan memastikan bahawa negara Rusia dan golongan elit, proksi dan oligarki tidak dapat memanfaatkan aset digital sebagai cara untuk mengelak atau mengimbangi kesan sekatan antarabangsa yang dikenakan ke atas merekaโ€.

Jabatan Perbendaharaan AS pula akan memantau dengan teliti sebarang usaha untuk memintas atau melanggar sekatan berkaitan Rusia, termasuk melalui penggunaan aset digital/ kripto.

Admin melihat bahawa keadaan ini akan menyebabkan permintaan terhadap segmen โ€œprivacy coin/tokenโ€ akan meningkat semula. Mungkin Monero atau Zcash?

Seperti mana nasib yang tertimpa pemilik utama Chelsea oleh kerajaan UK, maka para hartawan dan oligarki Rusia di Eropah perlu bertindak segela yakni dengan selamatkan aset-aset mereka menerusi kripto. ๐Ÿ™‚
Kripto wajar dilihat pada waktu ini dan bakal meletus pada hujung tahun ini atau pertengahan tahun hadapan?

15 kripto di atas telah saya bedah dengan teliti fundamentalnya. Namun, terdapat salah seorang peserta NIP telah melihat potensi kripto tersebut pada waktu ini.

Pasaran sekarang mencerminkan susut nilai yang konsisten bagi pasar kripro secara keseluruhannya. Namun, apabila berakhirnya fasa susut nilai ini, kripto apakah yang bakal meluncur dahulu? Saya kira, 15 kripto ini antara yang perlu dilihat dan diambil perhatian setelah pasar keseluruhan kembali memulih. Tahniah kerana terus mengkaji potensi sesuatu kripto tidak kira sama ada ketika pasar sedang pulih atau susut.

Kaji fundamental sesuatu kripto ibarat meneliti kebolehpasaran dan kelestarian keupayaan model perniagaan sesuatu syarikat dalam pasaran saham. Bezanya adalah ekosistem teknologi (kripto) vs keupayaan pasaran perniagaan (saham).

DYOR ๐Ÿ‘๐Ÿป
Posisi + strategi dalam kripto๐Ÿ‘๐Ÿป๐Ÿ‘๐Ÿป๐Ÿ‘๐Ÿป

Kita berhak menentukan portfolio yang terbaik untuk pegangan kripto kita setelah meneliti dengan jelas kekuatan fundamentals kripto, news dan graf dalam dunia kripto.
Tergesa-Gesa untuk melabur๐Ÿ”ฅ KWSP - RM10k ?
Aset Digital 4.0
Tergesa-Gesa untuk melabur๐Ÿ”ฅ KWSP - RM10k ?
Pandangan Peribadi Admin: KWSP 10k

Manakah tempat yang sesuai untuk disimpan dana RM10k (KWSP) itu jika anda memilih untuk mencari instrumen pelaburan yang baru? Jawapan saya:

1. ASB
2. TH
3. Terus kekal di KWSP

Ketiga-tiga instrumen di atas adalah rendah risiko dan mudah diuruskan dengan baik.

Mengapa admin tidak mengesyorkan kripto? Pelabur perlu ingat bahawa kripto ini adalah instrumen pelaburan yang tinggi risiko. Asas paling penting dalam dunia pelaburan khususnya bagi peruntukan pelaburan ialah โ€œdana pelaburanโ€ mestilah terdiri daripada duit lebihan, bukannya duit โ€œkecemasanโ€ atau โ€œduit cukup-cukup makanโ€ terutamanya bagi pelaburan jenis berisiko tinggi.

Duit kecemasan atau duit cukup-cukup makan ini merupakan duit yang akan kita gunakan pada waktu singkat, terdesak dan keadaan luar jangka. Maka, isu kecairan mestilah diberi keutamaan buat para pelabur yang ingin memindahkan dana KWSP (RM10k) masing-masing.

Kripto pula merupakan pelaburan yang memiliki ketidaktentuan pasaran yang tinggi. Meskipun pada ketika ini pasaran sedang susut (masa sesuai untuk menambah unit), tindakan untuk membeli unit-unit kripto secara membuta tuli atau sesuka hati (tanpa pengkajian FA, TA dan AN) adalah tindakan yang tidak wajar.

Pemilikan dan pembelian unit-unit kripto tertentu memerlukan pengkajian yang mendalam dan menyeluruh terhadap prospek dan hala tuju bagi sesuatu ekosistem kripto, di samping para pelabur sendiri mempunyai kepelbagaian instrumen pelaburan yang jelas terhadap matlamat pelaburannya.

Paling penting, jangan terburu-buru atau tergesa-gesa untuk melabur, kajilah dahulu setiap instrumen pelaburan yang anda pilih. Setiap instrumen pelaburan, ada pro & kontranya.
Tadi saya adakan sesi Google Meet bersama salah seorang peserta KPC. Saya bedah dan kupas tentang graf ETH. Semasa ETH berada pada harga RM12500, saya buat lukisan dan jangkakan ETH akan menyentuh RM12900 seunit. Selang 5 miniti selepas itu, tiba-tiba palang/ batang hijau pun muncul. ETH telah menyentuh RM12900, kemudian RM12960 pada ketika ini. InsyaAllah, video ringkas tersebut saya akan kongsikan nanti๐Ÿ˜.

Cuma, ramai yang tanya tentang hala tuju pasaran kripto pada ketika ini. Seperti yang saya kongsikan, bulan April ini adalah bulan terpenting untuk pengembangan ekosistem ETH 2.0๐Ÿ’ช๐Ÿป๐Ÿ’ช๐Ÿป๐Ÿ’ช๐Ÿป

ETH berpotensi untuk baik secara konsisten. The father of smart contract adalah ETH๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅโœŠ๐Ÿป
CRONOS (CRO) adalah penaja utama Piala Dunia 2022. Melangkah jauh dengan โ€œmainstreamโ€. Tahniah Crypto.com atau Cronos๐Ÿ’ช๐Ÿป๐Ÿ’ช๐Ÿป๐Ÿ’ช๐Ÿป๐Ÿ’ช๐Ÿป. Cronos ialah rebranding bagi jenama Crypto.com.
Aset Digital 4.0
Tadi saya adakan sesi Google Meet bersama salah seorang peserta KPC. Saya bedah dan kupas tentang graf ETH. Semasa ETH berada pada harga RM12500, saya buat lukisan dan jangkakan ETH akan menyentuh RM12900 seunit. Selang 5 miniti selepas itu, tiba-tiba palang/โ€ฆ
Perkembangan Ethereum 2.0 (Lapisan Konsensus) hampir siap tidak lama lagi.
Maka, akan semakin banyak perniagaan dan institusi yang akan menggunakan platform dan ekosistem Ethereum.

Peralihan ETH daripada Proof-of-Work (PoW) kepada Proof-of-Stake (PoS) secara menyeluruh akan berlaku tidak lama lagi๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ
Aset Digital 4.0
Voice message
Kondisi terkini pasaran kripto: fake bullish/ uptrend? ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ

Wajib dengar๐ŸŒŠ
Kebelakangan ini admin masih lagi kesibukan waktu & tidak sempat mengadakan sesi LIVE, namun admin masih lagi boleh menggunakan fitur โ€œvoiceโ€ untuk memberikan pandangan tentang hal semasa bagi dunia aset digital. Nak admin voice tentang apa? ๐Ÿ˜Ž
Anonymous Poll
24%
Cardano masih relevan atau tidak?
29%
Dua projek kripto terbaik ketika ini
38%
Masa depan BNB & XRP
9%
Kripto vs Emas vs Minyak
Aset Digital 4.0
Voice message
WAJIB DENGAR๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ

Perkembangan BNB + XRPโœ…โœ…
Aset Digital 4.0
Satu praktis dan pergerakan yang menarik apabila dominasi BTC mengambil alih, kebanyakan altcoin akan susut tetapi satu sahaja altcoin ini akan melawan arus iaitu WAVES. Peristiwa ini juga berlaku pada 4 bulan yang lepas apabila hal yang sama terhadi kepadaโ€ฆ
Adakah #WAVES bagus dan padu fundamentalnya? Cuba lihat kupasan saya di Facebook tentang #WAVES ini. Pengembangan ekosistemnya yang konsisten mencerminkan permintaan yang baik terhadap kriptonya pada ketika ini. Kenaikan yang terlalu signifikan buat #WAVES๐Ÿ”ฅ

Hasil HODL #WAVES + #EGG memang menarik pada ketika ini. Tahniah para investder๐Ÿ’ŽโœŠ๐Ÿป
Ziliqa - done ๐Ÿš€

Enjin ? Bersedia untuk ๐Ÿ’ฃ
Kripto segmen โ€œStorageโ€ yang wajar dipantau pada bulan April๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ:

- FIL
- HOLO
- AR
- MAID
Tepat jam 9 malam ini akan diadakan sesi edukasi percuma tentang NFT. Program ini dikenali sebagai โ€œNFT Creatorโ€. Program ini dikendalikan oleh artis NFT DTK iaitu Tuan Shawn. Tuan Shawn merupakan artis NFT yang berpegalaman jauh dalam dunia Animasi, Digital Arts dan NFT. Beliau sudah bekecimpung dalam dunia Digital Arts selama 8 tahun๐ŸฆพโœŠ๐Ÿป๐Ÿ’ช๐Ÿป.

Ikuti sesi bermakna ini di sini:

https://discord.gg/5x2vNuMt

#NFTCreator
#Kripto
Bagaimana dengan pengembangan ekosistem Cardano sekarang? Saah satunya kita boleh lihat menerusi pengembangan dalam segmen Metaverse. Cardano kini telah mengembangkan salah satu ekosistemnya dalam segmen Metaverse menerusi projek Cardano Village. Projek ini kekal sebagai satu-satunya projek metaverse yang telah disebut oleh Charles Hoskinson sebagai โ€œberpotensi besarโ€. Penerokaan segmen Metaverse oleh pasukan Cardano adalah satu tindakan yang signifikan seiring dengan tumpuan para pengguna terhadap dunia โ€œDigital Artsโ€.๐Ÿ’ช๐Ÿป๐Ÿ’ช๐Ÿป๐Ÿ’ช๐Ÿป๐Ÿ’ช๐Ÿป๐Ÿ‘๐Ÿป๐Ÿ‘๐Ÿป๐Ÿ‘๐Ÿป
๐Ÿ‘1