Audit terbuka kerana terima sumbangan awam teori yahudi mabuk mana ajar?
NGO berdaftar hanya perlu hantarkan laporan audit kewangan tahunan kepada ROS atau SSM.
Ahli atau orang awam boleh dapatkan laporan audit dengan ROS atau SSM boleh diakses orang ramai.
Jika ada mana-mana pihak tidak berpuas hati atau merasakan penyelewengan berlaku, boleh laporkan kepada pihak berkuasa.
Tak pernah wujud istilah audit terbuka disebabkan sesebuah NGO menerima sumbangan awam.
NGO boleh menerima sumbangan awam sekiranya dinyatakan perlembagaan pertubuhan tersebut.
NGO perlu menghantar laporan penyata kewangan kepada ROS dan diberikan kepada setiap ahli-ahli melalui mesyuarat tahunan.
Seksyen 14 (1), Akta Pertubuhan 1966, setiap NGO mestilah menghantar Penyata Kewangan Tahunan yang telah diaudit selepas 60 hari dari Mesyuarat Agong atau 60 hari selepas tahun berakhir kepada ROS.
Tiada satu pertubuhan, parti politik yang menerima sumbangan awam buat audit terbuka.
Aman Palestin itu bungkus bukan kerana tidak buat audit terbuka.
Tapi Aman Palestin gagal serah laporan kewangan diaudit dari tahun 2017 hingga 2019 kepada SSM memaksa siasatan SPRM dilakukan ke atas akaun mereka.
Aman Palestin kena 164 pertuduhan bukan kerana penulisan Facebook seseorang, tetapi penemuan itu adalah hasil siasatan SPRM.
Justeru, berhenti timbulkan dakwaan NGO milik A, B, dan C telah seleweng tabung seperti Aku kena gara-gara sekumpulan manusia naif yang termakan hasutan peguam.
Heh!
https://www.facebook.com/share/p/16MvsTqhAy/?mibextid=wwXIfr